Cili Padi Warna Ungu

Tuesday, June 25, 2019

Korang pernah tengok cili padi warna ungu?
Mula-mula dulu macam tak percaya bila kawan akak kata nak bagi cili padi ungu.  Tak pernah tengok pun. Bila tengok depan mata sendiri...eh ye la...ungu warnanya.

Tunjuk kat en hubby, terus berminat nak semai.  Mudah je nak semai cili padi ni.  Biasanya kami guna tanam campur, beli je kat nursery.  Masukkan beberapa biji cili dan rajin-rajin lah jaga. Siram bila perlu.

Diam tak diam dah besar dan hasilnya boleh tahan. Tak larat nak kutip.

cili warna warni, cili pedas, cabai burung

cili warna warni, cili pedas, cabai burung


Nilah hasilnya.  Cili padi ungu.  Boleh tahan juga pedasnya.  Suka tengok cili-cili ni di pokok. Hijau ungu...cantikkan.

You Might Also Like

6 comments

  1. Pernah tengok kat kampung SA kak Azi...mak lang SA ada tanam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azi suka tengok je warna-warna nya cantik!

      Delete
  2. Lama dah, jiran ada jugak bagi benih cili ungu ni, tapi tak tau mana di campaknya..Jadi tak dapatlah merasa tahap kepedasannya macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas juga..tapi saya tak makan pedas sangat jadi tak keraplah guna cili ni.

      Delete
  3. wow menarik ni first time mama tgk

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook