Bila dah hampir ke penghujung Ramadan ni mesti korang dah mula tak ada idea nak masak apa kan? Tahun ni alhamdulillah rasanya sebab en hubby membantu dalam memikir dan menyediakan juadah berbuka dan sahur.  Lega sangat sangat sangat ! Tahun ni memang ikut selera dia. Petik je nak makan apa, terus cari barang keperluan dan masak.  Tiap-tiap hari mesti ada lauk utama yang kitaorang masak untuk berbuka dan simpan terus untuk sahur.  

Break record juga tahun ni dah masuk hari ke 22 Ramadan ni, belum seharipun berbuka di luar.  Semua kat rumah aje, masak dan tambahan kuih muih yang dibeli di pasar Ramadan.  Memandangkan anak-anak semuanya ada di rumah maka memasak sendiri adalah pilihan terbaik sebab masing-masing selera makan sama aje. 

Tahun ni, kami lebih suka menyediakan lauk-lauk selera kampung aje.  Mudah dan memang betul-betul membuka selera.  Kalau korang tak ada idea nak masak apa hari ni...kat entry ni akak share beberapa lauk yang akak sempat masak walaupun masuk dapar jam 6 petang tiap-tiap hari.  

Rendang Kerang

Rendang kerang ni remeh sikit. Korang kena awal sikit masuk dapur.  Kalau sempat rebus kerang masa sahur lagi bagus.  Resepinya sama je macam korang buat rendang daging. Akak suka bila masukkan hirisan daun kunyit lebih sikit sebab nanti baunya...hmmmmm....sedap....


lauk selera kampung, lauk mudah disediakan, lauk berbuka,masakan kampung


Ikan Pari Rebus Air Asam


Ni paling mudah.  Samada nak guna ikan pari ataupun ketuka.  Paling cepat disediakan.  Yang ni akak guna ketuka. Isinya lembut.  Kalau ikan pari korang kena pandai pilih.  Jangan silap pilih nanti dapat yang isi keras. Akak suka lauk ni sebab rasa masam-masam sedikit membuka selera.  Makan dengan nasi putih je pun dah sedap.

Kalau nak resepi boleh tengok kat sini : RESEPI PARI AIR ASAM


lauk selera kampung, lauk mudah disediakan, lauk berbuka,masakan kampung


Masak Lemak Kuning Labu dengan Bayam

Lauk ni juga antara favorite kat rumah kami.  Cept juga disediakan.  Rebus labu sekejap saja.  Kalau tak ada labu boleh juga guna ubi keledek putih. Tips nak cepat empuk ubi ni, korang jangan potong besar-besar.  Campur dengan bayam hijau, bukan yang purple tu yer...nanti kuah bertukar warna pulak !  Tambahkan suhun tu sedikit.  Berebut anak-anak makan. Yang tak suka sayur pun jadi suka.  Biasanya lauk ni akak akan pasangkan dengan ikan kering goreng atau pekasam goreng bawang ataupun ikan temenung goreng dengan sambal belacan. Memang tak toleh kiri kanan dah.  Korang google la yer resepinya.  Mudah je sebenarnya.

lauk selera kampung, lauk mudah disediakan, lauk berbuka,masakan kampung

Lauk pauk ala kampung ni bukan sahaja mudah disediakan, ianya juga memang jadi pembuka selera.  Tambah-tambah bila makan beramai-ramai.  Cubalah yer....

2 Comments

  1. memang style kampung penambat hati. makan bertambah2 =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh...makan lauk kampung memang boleh bertambah-tambah.

      Delete