Anak-anak Suka Makan Masak Ayam Goreng Bawang

Friday, May 10, 2019

Dah dapat menu nak masak apa hari ni?  Bulan puasa selalu macam nilah, bila dah jam 2,3 petang mula mencari idea nak masak untuk berbuka nanti.  Masak sendiri boleh buat lebih dan simpan untuk sahur. 


resepi masakan ayam, masakan ayam mudah disediakan, resepi anak-anak suka
Tak menyempat nak ambil gambar elok sikit.  Kelam kabut lepas masak nak ambil anak-anak balik sekolah masa ni, lepas tu nak ke sekolah amira pula.


Ayam Goreng Bawang


Mudah sangat nak sediakan ayam goreng bawang ni.  Anak-anak akak suka sangat makan lauk ni.  Mak dia lagilah suka sebab mudah nak sediakan. Apa yang korang perlu sediakan ?

Ayam - potong berapa ikut koranglah.
3 biji bawang besar, lebih pun boleh
2-3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Serbuk kurma
Daun kari
4 sekawan
Gula/garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat pun senang sangat.  

Ayam tu suka hati nak potong berapapun.  Dah basuh dan toskan, gaul garam kunyit, biarkan mesra kejap dan gorengkan.  Jangan terlalu garing.  Bawang besar korang hiris-hiriskan. Bawang putih dan halia pun hiriskan juga.  Lagi banyak bawang besar yang digunakan lagi best anak akak kata.  Tapi janganlah banyak sangat.

Lepas ketepikan ayam goreng tadi, korang keluarkan minyak ayam goreng tu dan tinggalkan sedikit untuk menggoreng bahan-bahan hirisan dari beserta dengan 4 sekawan.  Masukkan juga daun kari bagi naik baunya. Hmmm.....memang sedap tau.  Goreng bawang agak-agak separuh garing, jangan sampai hangit pula.  

Lepas tu korang masukkan serba sedikit serbuk kurma  dalam sesudu besar.  Bagi nampak macam berempah sedikit.  Masukkan juga sedikit air agar nampak berkuah. Bila semua dah nampak mesra bolehlah korang masukkan ayam goreng tadi.  Gaul dan rasalah masin manisnya.  Tak perlu masuk kicap dah sebab bawang goreng tadi dah memekat dan nampak gelap rempahnya.

Kalau nak bolehlah tambah warna sikit dalam masakan dengan taburan cili potong dan daun sup.

Siap untuk dimakan.  Setakat ni tak pernah tak habis bila masak macam ni.  

Moga korang beridea untuk petang nanti......

You Might Also Like

5 comments

  1. wah mmg sedap ni bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa nanti nk try buat la

    ReplyDelete
  3. mmmmm, seronoknya berbuka dapat makan masakan sendiri. ekin 5 hari puasa ni, makan makanan beli dekat bazaar je. nak masak, takde air pulak dekat rumah ni. huaaaa

    ReplyDelete
  4. resepi berbuka ni nanti

    ReplyDelete
  5. siang2 ni tgk ayam ni jd lapar pulak hehehe

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook