Pengalaman Hisap Madu Terus Dari Sarang

Tuesday, April 16, 2019

Pengalaman Hisap Madu Terus Dari Sarang


Semenjak en hubby berminat dengan pengumpulan hasil madu kelulut memang kami dah tak pernah membeli  madu sebab apa yang kami ada, adalah madu yang asli tanpa ragu-ragu.  Tu cerita madu kelulut. Kali ni nak berkisah tentang madu lebah pulak.  Rezeki yang datang tanpa dicari...betul-betul rezeki istimewa untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah. Dapat juga pengalaman baru mengambil dan menghisap madu terus daripada sarang lebah.

Lebah singgah buat sarang dalam almari lama di luar rumah.  En Hubby kata jenis lebah ni dipanggil lebah rumah atau nama lainnya lebah jenis apis cerana.  Korang jangan tanya banyak pasal lebah, akak kena study dulu tapi kalau en hubby ..macam-macam jenis lebah yang dia tahu. Bila dah minat kan...sampai ke lubang cacing cari info. 

Akak pun tak tahu yang lebah ni singgah kat almari tu sampailah satu hari en hubby postkan gambar sarang lebah yang baru dibuat, masa tu belum terisi madu lagi.  Bermula daripada itulah, en hubby mula mencari lebih info...kalau boleh nak sediakan sarang/bekas yang lebih sesuai untuk lebah-lebah tu.  Asalkan tak mengganggu kami, akak okay je.

musim sesuai tuai madu, ternakan madu,madu asli, khasiat madu asli
Ni masa mula-mula kami tahu ada penghuni bertuah kat dalam almari ni.  Cantikkan pembentukkan sarang lebah tu.  Sekarang ni dah letakkan dalam frame kayu, so lepas ni sarang yang terbentuk akan betul-betul ikut saiz frame tersebut, lebih mudah mengutip hasilnya nanti.

Seminggu lepas, bermulalah operasi memindahkan sarang lebah ni ke dalam kotak kayu yang lebih sesuai dan mudah untuk mengambil madu. Jangan tak tahu, kalau musim pokok-pokok buah berbunga memang sarang madu lebah ataupun kelulut cepat terisi. Sebab tulah en hubby suka menanam pokok-pokok buah, penyediaan bahan makanan untuk sang lebah dan kelulut yang masih ada kat rumah ni.

Gigih menyediakan kotak kayu khas untuk lebah-lebah ni disamping menyediakan frame-frame kayu untuk lebah-lebah membuat sarang. Nampak macam mudah tapi tak semudah yang disangka untuk pindahkan sarang-sarang ni.  Kena sengat? Dah namanya lebah, memang kenalah sedas dua di tangan. En Hubby lebih lagi, tapi buat-buat macam tak rasa apa.  Sakit tu taklah sangat rasa macam kena gigit dengan semut api. Rupanya bila disengat lebah, kita kena pastikan sarung sengat yang ditinggalkan di tempat sengatan di tarik keluar, baru tak rasa sakitnya berterusan, kalau biarkan, tempat sengatan tu akan rasa semakin sakit.

Lepas kena 2,3 sengatan lebah, akak memang tarik  diri lah....tolong pun dari jarak jauh ..hahhaa...

musim sesuai tuai madu, ternakan madu,madu asli, khasiat madu asli
Sempat ambil satu untuk rasa. Sarang/comb lebah asalnya macam nilah. Mana yang korang tengok cantik tu, dah dibersihkan untuk tujuan komersil.  Kalau yang asal dia akan bercampur dengan tempat simpanan madu, anak lebah dan makanan/polen lebah.


musim sesuai tuai madu, ternakan madu,madu asli, khasiat madu asli

musim sesuai tuai madu, ternakan madu,madu asli, khasiat madu asli
Potongan lebih jelas bahagian simpanan madu.  Cantik pulak akak tengok. Masa potong ni memang meleleh leleh madu keluar. Sambil potong sambil ngap masuk mulut...hahaha...


musim sesuai tuai madu, ternakan madu,madu asli, khasiat madu asli

musim sesuai tuai madu, ternakan madu,madu asli, khasiat madu asli
Adik wan suka sungguh dapat hisap madu asli. Akak pun suka. Sarang tu tidaklah kami telan sekali. Madu bercampur polen yang belum diproses memang mengandungi pelbagai jenis khasiat bergantung kepada penerimaan kesesuaian sistem badan masing-masing.  Daripada satu keping sarang tu kami dapat 1 botol kecil madu asli. Dapatlah adik wan minum tiap-tiap hari. 

Tapi hasil hari tu memang berbaloi jugak.  Kalau sebelum ni dok tengok iklan lalu lalang kat insta tunjuk makan madu terus dari sarang atau depa panggil juga `comb' lebah, kali ni akak boleh rasai sendiri.  Best habaq hanggg.....

Yang ni memang tak ragu dah...dah tentunya madu asli.


You Might Also Like

4 comments

  1. ya Allah memang rezeki yang rare ni kak.. rezeki terus dapat madu asli. sedapnyaaa !! penah makan sekali kat Cameron. tu pun dapat cipot je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang rezeki tak dijangka

      Delete
  2. Khasiatnya byk. ..Harga pon mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la , bila ada stok sendiri macam ni memang semestinya asli.

      Delete

Followers

Like us on Facebook