Latih Tubi Untuk Tingkatkan Kecekapan Anak-anak Belajar

Tuesday, April 30, 2019

Tak lama lagi anak-anak sekolah akan menjalani peperiksaaan pertengahan tahun.  Cepat sungguh masa berlalu.  Tahun ni kak afiah sorang sahaja yang akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM. Amira exam biasa saja dan adik wan takde exam.  Akak risau juga bila anak-anak darjah 1,2 dan 3 ni takde  peperiksaan.  Agak sukar kita nak menjangka prestasi dan pemahaman mereka setakat mana.  Tapi dari segi yang lain pula, bila takde exam, ibu bapa kena mainkan peranan yang lebih dalam memantau perkembangan pembelajaran anak-anak dari awal.

Apa cara yang korang guna? Akak lebih suka buat latih tubi pelbagai soalan.  Adakalanya soalan yang sama akak ulang semula selang 3-4 hari.  Nak kena komitmen dan komited sera sabar yang lebih bila dengan anak-anak sendiri ni.  Anak-anak ni bila dengan orang luar seperti guru-guru mereka, mereka lebih mudah patuh dan ikut. Kalau dengan mak ayah ni macam-macam alasan diberi bila suruh buat latihan lebih.

Cara anak-anak ni belajar pun berbeza daripada seorang ke seorang.  Abang sejak kecil suka bertanya sampai puashati, tapi komited bila diberi latihan dan akan cari sendiri masa untuk selesaikan.  Kak afiah pula suka buat awal supaya boleh rehat cepat. Kalau tengah study jangan dikacau, memang cari pasal saja.  Amira, jenis rileks.  Tiba masa nak pulun, dia pulun sampai tak bercakap dengan orang lain, suka sangat buat kerja last minit.  Adik wan ni pula, ada serba sedikit attitude abang kakak. Yang kecil sekali mungkin. Bak kata en hubby, dah ada ramai `cikgu' mengajar.  

Sejak abang berusia 4 tahun kami dah mulakan latihan secara latih tubi. Sikit-sikit lama-lama nampak lah kesannya.  Abang, kak afiah dan amira kami perkenalkan dengan cara Kumon.  Adik wan ni, kami cuba terapkan cara yang sama tanpa ke kelas.  Maknanya kami sendiri secara bergilir monitor perkembangan beliau.  Hampir 10 tahun kami ulang alik belajar bersama anak-anak cara latihan Kumon, teringin juga cuba sendiri untuk si kecil ni.  Lagipun dah ada abang kakak semua dah jadi completer Kumon untuk subjek Math, masa cuti mereka boleh bantu adik dan satu sama lain.

Selain daripada akak guna semua kertas latihan yang lama, yang ni kena sabarlah nak padam satu satu....akak juga gunakan buku latihan Kumon yang akak beli secara online.  Bagus tau kalau korang nak latih anak-anak.  Buat permulaan ni akak beli 3 buah dahulu berkaitan asas matematik.  Ayah akak pernah pesan, dalam apa pun yang kita buat, kukuhkan yang asas dahulu, sedikit demi sedikit kau akan nampak hasilnya berkembang.

Kalau korang nak beli, korang boleh cuba google dan cari di kedai buku Kinokuniya online.  Ada banyak latihan cara Kumon yang korang boleh dapatkan.  

kekuatan teknik latih tubi, keberkesanan kaedah latih tubi, kelebihan teknik latih tubi

kekuatan teknik latih tubi, keberkesanan kaedah latih tubi, kelebihan teknik latih tubi
Ni antara isi kandungan buku-buku tersebut.  Korang boleh set masa pada anak-anak untuk selesaikan satu page. Nanti selang 2-3 hari cuba bagi latihan yang sama dan bandingkan masa yang diambil untuk siap.  Kalau nak buat macam ni, kenalah photostat dulu beberapa salinan untuk setiap page.  Sebab tu akak kata kena sabar kalau nak buat home tuition sendiri.  

Kenapa kena Kumon...yang lain tak boleh ke? 

Boleh jer......akak pilih cara ni sebab dah nampak kesan yang lebih berbanding cara lain.  Kalau korang berminat boleh jer cuba.  Nak guna lain pun boleh takde masalah.  Cubalah beberapa cara dan guna yang paling besar impak pada anak-anak.  Lain anak lain pendekatannya. Lepas tu korang boleh berkongsi dengan yang lain. 

You Might Also Like

0 comments

Followers

Like us on Facebook