Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Monday, March 04, 2019

Tips Kekal Sihat Di Musim Panas


Cuaca kebelakangan ini panas.  Khabarnya akan berlarutan sehingga April.  Mandi pagi pun tak perlu guna heater, air paip dan sedia suam-suam, sesuai untuk mandi.  Bahaya cuaca begini takut terkena strok haba.  Kenalah berhati-hati dalam beraktiviti di musim panas ni terutama anak-anak yang bersekolah.  Cuba amalkan tips untuk kekal sihat di musim panas ni.

tanda awal strok haba, strok haba, cuaca panas


Korang juga perlu ambil tahu lebih tentang tanda-tanda awal strok haba.  Sebagai langkah berjaga-jaga, kadang-kadang kita tak perasan.  Akak selalu ingatkan anak-anak untuk lebih berhati-hati di musim panas ni.  Kalau boleh kurangkan aktiviti di kawasan panas. 

Antara tanda-tanda awal strok haba:

Kerap sakit kepala.
Mudah hilang fokus.
Lidah menjadi bengkak.
Suhu badan melebihi 39C
Nadi berdenyut laju.
Tekanan darah rendah.
Badan lesu dan kerap pengsan.
Badan tidak berpeluh.
Kulit kering dan kemerah-merahan.

Kalau korang ada tanda-tanda ni, jangan berlengah segeralah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Jaga diri yer korang.....




You Might Also Like

4 comments

  1. terima kasih share info. sekarang ni kulit memang cepat sangat kering, rasa terbakar ja. tu yg asyik kerap minum air, dahaga

    ReplyDelete
  2. memang musim panas sekarang kan.
    balik melaka baru-baru ni pun tak hujan.
    kena hati-hati jangan sampai heat stroke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Macam-macam sekarang ni. Demam denggi pun tengah menular di sesetengah kawasan.

      Delete

Followers

Like us on Facebook