Resepi Hujung Minggu Nasi Dhal Kukus

Wednesday, March 13, 2019

Dah lama tak share resepi kat sini.  Masak-masak lauk simple  dan ulang-ulang menu yang sama.  Kalau ada yang best dan baru cuba masak baru akak share yer.  Kali ni nak share dengan korang resepi yang mudah je untuk disediakan.  Secara kebetulan anak-anak semua ada kat rumah, amira boleh balik bermalam dan abang irfan kami kidnap sekejap, malam hantar balik.  Macam ni la bila anak-anak dah mula jauh, asal ada kesempatan kena gunakan sebaik mungkin.

Nasi Dhal Kukus


Kali ni kami cuba masak nasi dhal.  Boleh je nak masak dalam periuk letrik macam biasa tapi  en hubby kata nak makan nasi kukus. Maka klentang klentung la mengelaurkan periuk kukus yang besar sikit, senang sekali masuk.

Bahan-bahan dan cara :

Beras - 6 cawan (akak guna beras biasa saja, kalau nak guna beras basmathi pun boleh)
Kacang dhal - segenggam lebih sikit. Nak cepat punya pasal, tak rendam pun, terus rebus dalam pressure cooker.  Rebus dengan 1 camca rempah kurma. Rebuslah dalam 20-30 minit.  Lepas tu, korang kisarkan, halus campur-campur dengan kasar. Tapi kami dah terkisar halus...pun boleh.

Cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kayu manis - serba sedikit dan korang tumiskan dengan 2 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih hiris-hiris. Nak best lagi baunya, korang tumis dengan marjerin.

Masa tumis tu masukkan daun kari dan daun pandan yang dah disimpul.

Ambil sedikit kiub ayam, bancuh dengan air dan masukkan dalam tumisan.
Jangan lupa garam dan gula sebagai penambah rasa.

Akak tambah gula je sikit sebab dah tumis dengan marjerin, so tak masuk dah garam, nanti dik wan nak makan juga.

Bila dah naik bau yang harum, korang masukkan beras yang dah dibasuh. Kacau rata-rata.  Pada masa yang sama, panaskan kukusan.  Masukkan beras tadi ke dalam acuan, sukat airnya. Agak-agaklah lah sukatan air, jangan sampai terlembek pulak nanti kejadiannya.  

nasi dhal, resepi nasi kacang dhal, masak sendiri

Masuk dalam pinggan lengkung lebar muat-muat dalam kukusan.

nasi dhal, resepi nasi kacang dhal, masak sendiri

Nak bagi bau best lagi, letakkan beberapa helai daun pudina.


Akak gunakan kukusan 2 tingkat ni. Masukkan dalam pinggan lengkung yang agak-agak muat dan tutup rapat kukusan.  Rajin-rajinlah jengah dan kacau supaya nasi masak rata.  Kalau malas nak kukus, boleh je masukkan dalam rice cooker atau periuk dan masak atas api dapur.  Ikut citarasa masing-masing.

Nasi dhal kukus ni kami padankan dengan gulai daging kambing umbut pisang dan ayam goreng berempah.

nasi dhal, resepi nasi kacang dhal, masak sendiri

Ayam goreng berempah resepi sendiri.  Goreng lebih sebab ada yang suka meratah.  

nasi dhal, resepi nasi kacang dhal, masak sendiri

Gulai/kari kambing umbut pisang.  Umbut pisang cari depan rumah je.  Hasil rajin berbudi pada tanah. 


  Puas makan bila masak sendiri, boleh ulang-ulang. Kuah gulai/kari memang sengaja buat lebih, pack dan bagi abang irfan bawa balik ke kolej makan cicah dengan roti benggali pulak.



You Might Also Like

8 comments

  1. Sedapnya...
    xpernah buat lagi nasi dhal ni...

    ReplyDelete
  2. terbaikkkk.....
    tambah pulak ada gulai kambing umbut pisang!
    yum yum....

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulai kambing tu yang berebut...ada yang makan dengan nasi, dengan roti, dengan biskut empat segi pun depa cicah.

      Delete
  3. bila lagi akak nak buat ? hehe nak ketuk pintu rumah =p

    ReplyDelete
  4. silap besar betul kite tengok entri ni pada jam 6.01 pagi.. fuffff-- berat betul dugaannya.. hahahahahaha~

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook