Cuti sekolah dah nak sampai penghujung. Korang dah berjalan ke mana? Untung cuti sekolah kali ni bertepatan dekat hujung bulan, poket mak ayah penuh lagi.  Tapi ingat-ingat tau....berbelanja biar ikut kemampuan, nak tunggu hujung bulan lambat lagi.

Akak tak ke mana pun, kerja macam biasa.  Cuti pun sehari je ambil sebab nak bawa adik wan follow up check up di hospital.  Kak afiah pun hari-hari ada kelas tambahan, SPM tahun ni.  Abang Irfan pun tengah struggle nak final exam.   Dah terlanjur nak bawa dik wan ke GH Penang, kami pun ambil kesempatan lah ronda-ronda sekejap. Appointment adik memang sebelah petang. Sampai lewat sikit sebab tunggu kakak habis kelas.  Mujur tak ramai sangat orang.

Makan Mee Udang Tepi Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu


Kalau sebut pasal mee udang, ada beberapa tempat menarik di belah pulau.  Kebanyakannya dah cuba kecuali yang di sini.  Dapat info tentang tempat ni beberapa bulan lepas tapi belum berkesempatan nak pergi.  Kali ni kita singgah sini.

Pak Tam Mee Udang Teluk Bayu nama kedainya.  Lokasinya agak ke dalam sedikit daripada jalan besar, tapi berdekatan dengan pantai.  Landmark nak ke sini ialah Masjid Sungai Batu.  Daripada situ, korang akan masuk jalan kampung dan taman, kemudian ada laluan menuju ke pantai. Nanti akak share lokasi.

tempat makan sedap di penang, tempat makan best di pulau pinang
Sempat ambil gambar ni je. Sepinggan Rm10 sahaja.


Pak Tam Mee Udang ni buka daripada jam 12 tengahari sehingga jam 7 petang sahaja atau sebelum gelap. Jalan menuju ke lokasi ini tiada lampu jalan dan kawasan pun agak gelap sedikit.  Tapi yang best, mengadap pantai.  Berangin je sambil menikmati pelbagai jenis masakan mee. Boleh layan..

Kalau korang nak tahu, masa akak study di USM dulu, lokasi ini adalah salah satu tempat kitaorang pernah bercamping.  Tiba-tiba teringat pulak kisah-kisah lama.  Tak sangka pulak boleh tersinggah kat sini lagi.

Kami order menu berbeza untuk merasa kepelbagaian.  Kat sini ada mee, bihun, kueyteow tapi takde nasi yer.  Untuk adik wan kenalah pulak tapau nasi daripada kedai lain.  Secara keseluruhannya, kami bagi 7/10 bintang. Boleh improve lagi cara hidangan dan kalau boleh buka sampai malam pun okay.  Kami sampai tu kira kami antara pelanggan yang terakhir, lepas tu ramai juga yang datang makanan dah takde, mungkin musim cuti ramai yang singgah mencuba.

tempat makan sedap di penang, tempat makan best di pulau pinang
Suasana ni lah yang best. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cuaca pun cantik.

tempat makan sedap di penang, tempat makan best di pulau pinang
Share waktu beroperasi, jangan pulak main serbu je. Hari Khamis tutup yer.

Buat korang yang datang ke Pulau Pinang, boleh cuba singgah dan makan di Pak Tam Mee Udang Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu. Akak share lokasi yer..


6 Comments

  1. wah nyamannya makan tepi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekali kena angin laut...memang best.

      Delete
  2. lama tak pi makan area sana. mee udang memang banyak belah2 pulau kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...biasanya akak pi makan mee udang belah teluk kumbar. Area ni baru first time cuba. Kena mai awai....depa tutup sebelum gelap..hehe

      Delete