Dah lama akak nak share tempat menarik ni dalam blog, selalu saja tak kesampaian. Lokasi menarik ni akak dan family singgah pada cuti sekolah hujung tahun 2018.  Taklah lama sangat kan, masih valid untuk dikongsikan dengan korang semua.

Air Terjun Lata Penyel Menggamit Percutian Keluarga


Air Terjun Lata Penyel ini terletak tidak jauh daripada destinasi Kuala Mu, Sungai Siput.  Juga terletak di dalam perkampungan orang Asli, Kampung Pendeq, Pos Yam.  Menariknya tempat ini adalah kerana ianya jauh daripada hiruk pikuk kota dan kedamaian dan ketenangan kawasan air terjunnya. Sesekali masuk area jauh ke dalam ni seronok juga.

En Hubby pernah sampai ke kawasan ini 2,3 tahun lepas bersama kawan-kawannya. Tak sangka pulak kami pun berkesempatan ke sini.  Walaupun jauh tapi sangat puashati sebab kawasannya cantik.

air terjun menarik, berkelah di air terjun, tempat menarik di Perak, riadah keluarga

Dulu tak ada jalan elok macam ni. Sekarang dah siap bertar sampai dalam.  Sunyi tu agak sunyi jugaklah tapi adalah yang lalu lalang.  Masa nampak pemandangan di hujung sana, memang dah teruja sebab akak memang suka suasana gitu.

air terjun menarik, berkelah di air terjun, tempat menarik di Perak, riadah keluarga

Kalau orang nak ke sana, masuk jalan tar tu pandu terus sampailah korang nampak signboard ni.   Kalau terlepas, korang akan terus ke Kuala Mu.  Lata Penyel sebelum simpang ke Kuala Mu.  Nampak macam baru lagi dipopularkan so tak ramai lagi rasanya yang tahu tempat ni.  Masa kami sampai pun ada 2 keluarga sahaja yang sedang berkelah sambil mandi di bawah air terjun yang sejuk.

air terjun menarik, berkelah di air terjun, tempat menarik di Perak, riadah keluarga

Kenderaan tak boleh masuk sampai ke air terjun, kena parking luar di kawasan kampung dan kenalah menapak lebih kurang 800 meter untuk sampai ke kawasan air terjun.  Tak tahu lah berapa kali akak berhenti ambil nafas. Hahaha...dah lama tak beriadah macam ni cepat semput ! Barang-barang anak-anak dan en hubby yang bawa.  Jalannya agak memanjat sikit sebab tulah semput.

air terjun menarik, berkelah di air terjun, tempat menarik di Perak, riadah keluarga

Sesampai kat lata ni korang akan nampak beberapa pondok yang disediakan oleh orang-orang asli di situ. Kawasanpun bersih berjaga. Pondok-pondok ini kalau korang bercadang nak bermalam, boleh juga disewa dan dibayar pada tok batin di situ.  Kalau tak silap akak RM60 semalam dan boleh pilih samada nak yang kosong macam ni atau ada bilik kecil. Pondok-pondok ni besar sebenarnya, korang boleh pasang satu khemah pasang siap diatasnya. Tandas juga ada disediakan.  Kalau yang suka adventure dan aktiviti berkhemah memang seronok dapat ke sini.  Jangan risau, sebelah malamnya akan ada anak-anak kampung asli yang datang teman kawan ini, bantu korang sekiranya perlukan bantuan.


air terjun menarik, berkelah di air terjun, tempat menarik di Perak, riadah keluarga

Inilah air terjun Lata Penyel. Sangat cantik di pandangan mata akak ni.  Dapat duduk dibawah air terjun tu, sejuk sampai ke tulang.  Tak puas sebenarnya berendam di bawah percikan air terjun ni.  Kami bercadang nak ke sini lagi nanti dan bermalam sekali.  Sesekali beraktiviti macam ni dengan anak-anak mesti seronok.  

Kalau korang nak cuba ke sini, landmark nya ialah arah ke Kuala Mu saja. Sebelum simpang ke Kuala Mu, korang akan jumpa jalan ke Pos Yam ni.  Boleh saja bertanya dengan masyarakat orang asli yang korang terserempak.  Mereka pasti bantu.  Kalau ke sini, korang jangan lupa beli ubi kayu bukit yang mereka tanam.  Isinya lembut, gebu ...sedap!!!

Selamat beraktiviti.....




11 Comments

  1. Ye la kak Azi...cantik betul lata ni..air terjun dia cantik sangat...sesekali kalau nak adventure boleh la berkhemah kat pondok tu kan..murah pun murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. Tak puas lagi dok bawah air terjun tu. Kalau ada peluang memang nak pergi bermalam kat situ.

      Delete
  2. Sg Siput..kampung saya ni..tapi tak pernah lagi masuk smpai kwsn org asli ni..lagi la tak tahu ada plak air terjun ni..cantik upenya air terjun kat sini..sesekali buat xtiviti macam ni, best gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tau kawasan cantik kat perkampungan orang asli sungai siput ni.

      Delete
  3. Lamanya tak tgk air terjun....
    lagilah kalau musin panas skrg ni...best berendam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, musim panas ni memang sedap dapat berendam.

      Delete
  4. tengok air terjun terus rasa nak pergi.
    lamanya lahaiii tak duduk bawah air tu.
    sejuk besttt :)

    ReplyDelete
  5. dari sekolah di pekan terdekat tu, agak-agak berapa jam ye nak sampai ke pos yum? saya pernah sampai ke kuala mu, dalam 2 jam juga, naik kereta exora.

    ReplyDelete
  6. berapa jam nak sampai ke pos yum? saya pernah sampai ke kuala mu naik exora sebelum ni.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak berkhemah kt situ tanpa sewa pondok tu boleh ke??

    ReplyDelete
  8. Camping berkhemah kt situ tanpa sewa pondok2 tu boleh ke?? Kena bayar tapak perkhemahan ke??

    ReplyDelete