Habis Dah Cuti Panjang

Thursday, February 07, 2019

Habis dah cuti nan panjang awal tahun. Kira masih awal tahun la kan sebab baru masuk Februari.  Lima hari cuti, puas melepak kat rumah dengan anak-anak. Takde plan ke mana pun, sempat balik kampung en hubby sekejap dan bawa anak-anak jalan-jalan dekat-dekat je.  Malas nak keluar sebab cuti panjang macam ni selalunya jalan mesti jam.

Bila cuti dok kat rumah, kepala ligat nak buat itu ini tapi last nya asyik keluar masuk dapur saja.  Apatah lagi melayan selera adik wan yang masih dalam treatment lagi.  Sungguhlah, ubat yang diambil sekarang ni memang membuka selera si kecik ni.  Jenuh memikir menu untuk dia, walaupun taklah susah mana tapi takkan nak masak yang sama hari-hari. Anak takde lah merungut tapi kita yang memasak nilah yang rasa jemu pulak.  Tak apalah janji anak sihat.

Kat rumah akak kalau cuti panjang dan anak-anak ada kat rumah, stok pelbagai jenis biskut ni mesti ada.  Asyik lapar je kan ! Ni stok baru tambah, tak sampai 2 hari dah menyusut banyak.  Ha..ha....nak kena tambah lagilah macam ni.

aktiviti cuti, stok makanan, bertani keluar peluh


En hubby pulak sibuk dengan bercucuk tanam keliling rumah.  Kali ni tanam nenas madu pulak.  Secara kebetulan abang irfan masih bercuti, adalah pembantu nak cangkul tanah buat batas.  Sebelum ni dah tanam serai, ubi kayu dan limau. Limau tanam dalam pasu saja.  Semalam dah pindahkan anak-anak pokok cili pada ke batas baru.  Lepas ni cadangnya ada beberapa benih sayuran lagi nak ditanam.  Berbudi pada tanah, in sya Allah ada hasilnya nanti.

aktiviti cuti, stok makanan, bertani keluar peluh


Macam besar je kawasannya yer.  Tak delah besar mana, tanam serba sedikit bagi keluar peluh petang-petang. 

You Might Also Like

4 comments

  1. kadang2 mmg nak cuti pjg ddk rumah je hehe. Kami sekali sekala bjln je kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kesempatan seronok je dapat berjalan-jalan kan...kalau tak seronok dok rumah.

      Delete
  2. Samalah kalau dah cuti duduk rumah memang semedang lapar hehehe...

    ReplyDelete

Followers

Like us on Facebook