Kembali Ke Sekolah dengan Kit Penjagaan Antabax

Wednesday, January 30, 2019

Pejam celik dah hampir sebulan anak-anak mula bersekolah. Macam-macam cerita boleh dengar terutama anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.  Selepas hampir dua minggu lebih adik wan tidak ke sekolah, Ahad lepas baru nak jejak kaki semula ke sekolah.  Kali ini, pelbagai langkah berjaga-jaga nak kena ambil sebab adik wan belum sembuh sepenuhnya walaupun dari segi fizikal nampak fit. Di pihak sekolah, en hubby dah jumpa pengurusan untuk maklumkan keadaan adik wan untuk sementara waktu ini. Bagi pihak kami pula selain daripada perkara-perkara utama yang perlu diambil perhatian, kami juga perlu pastikan persekitaran dan diri adik sendiri sebolehkan bersih. 

Budak-budakkan, kena berkali-kali pesan. Alhamdulillah, adik wan seorang anak yang mudah mendengar kata dan jarang membantah. Kami bekalkan kit penjagaan Antabax untuk adik wan bersihkan diri setiap kali lepas ke tandas dan makan.


penjagaan diri, kit pembasmi kuman, antabax promosi, anak sihat


Kembali Ke Sekolah Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax


Mudah dengan kit Pembasmi Kuman Antabax ni.  Tak perlu risau sebab anak-anak senang nak guna. Walau kanak-kanak mungkin rasa sangat teruja kerana akan bertemu semula dengan rakan-rakan, Antabax memahami perasaan ibu bapa mengenai aspek kebersihan anak-anak.

Pada tahun 2018, sebanyak 58,693  kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh sama.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus jangkitan tersebar menerusi tangan . Justeru, memastikan tangan sentiasa bersih dapat mencegah penyakit berjangkit daripada merebak. Dengan mengamalkan kebersihan tangan, risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza, keracunan makanan serta Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka dapat dikurangkan.

Tetapi, air bersih mungkin tidak ada sepanjang masa bagi membolehkan anak kecil anda membersihkan tangan mereka daripada kuman. Kit pembasmi kuman dapat membantu anak anda!

Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda


Untuk memberi ketengan minda, bekalkan anak anda dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah dimuatkan di dalam beg galas anak anda. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi di sekolah dan dalam kelas apabila air bersih mungkin tidak tersedia ada.

penjagaan diri, kit pembasmi kuman, antabax promosi, anak sihat


penjagaan diri, kit pembasmi kuman, antabax promosi, anak sihat

penjagaan diri, kit pembasmi kuman, antabax promosi, anak sihat


Rangkaian produk pembersih Antabax dapat membantu membunuh 99.9% kuman berbahaya. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji secara dermatologi dan terbukti lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian pembersih Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil.

Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka membesar. 

“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.”

“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi. Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee. 

Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di laman Lazada  www.lazada.com.my/antabax .


penjagaan diri, kit pembasmi kuman, antabax promosi, anak sihat


Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tip-tip kebersihan terbaik bagi menjalani gaya hidup yang sihat dengan penuh keyakinan, sila “Like” Facebook Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau ikuti Instagram rasmi Antabax di @antabax.

You Might Also Like

2 comments

  1. Kami pun suka Antabax. Bau wangi antiseptic tapi tak menyengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ..pack yang ni senang nak bawa ke mana-mana.

      Delete

Followers

Like us on Facebook