Jemput-jemput Pisang Sesekali Makan Sedap Juga

Tuesday, January 08, 2019

Bila akak tengah rajin update pasal masakan.

Dah lama tak makan jemput-jemput pisang.  Week end baru ni en hubby beli banyak pulak pisang.  Bila dah banyak mulalah masing-masing pandang sipi-sipi ja. Kalau sikit, mesti berebut-rebut.  Masa beli en hubby dah pesan, esok pagi kita breakfast cekodok pisang. 

Jemput-jemput pisang Gebu dan Sedap


Akak dah lama cuba nak buat jemput-jemput pisang yang gebu kejadiannya. Kadang-kadang jadi kadang-kadang kelaut juga. Tak pe kita terus cuba. Kali ni cuba pulak resepi che mat gebu yang dikongsikan dalam blog azlitaaziz, google-google, hat ni yang naik dulu.  

8 biji pisang emas/ nak guna pisang lain pun boleh
3/4 camca teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder - akak sukat sama banyak je dua-dua bahan ni
1 camca besar gula perang
1/3 camca besar gula halus - akak guna gula pasir je
1 cawan tepung gandum (lebih atau kurang, korang agak-agak sendiri, kalau lembik tambah)
1/4 camca teh garam halus (akak campak secubit) 
Minyak untuk menggoreng


Pisang tu dilenyek dengan gula, garam baking powder dan soda bikarbonat sampai hancur. Masukkan tepung dan gaul rata sampai sebati. Lepas tu biarkan adunan tu dalam setengah jam. Panaskan minyak dengan kepanasan sederhana. Jemputkan adunan ikut saiz yang korang nak. Nak comel atau nak besar. Goreng sampai kuning keemasan, angkat dan toskan sekejap.


menu minum petang, resepi mudah jemput-jemput pisang, sekodok pisang



Hasilnya memang memuaskan. Boleh guna resepi ni .  Makan ramai-ramai tak perasan habis sepinggan. 




You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook