Cubaan Buat Pes Ikan Bakar

Monday, January 07, 2019

Suka makan ikan bakar? Salah satu masakan kegemaran akak dan keluarga terutama bila dah takde idea nak masak apa dan nak masak yang mudah tapi sedap.  Dilema setiap hari, balik kerja nak masak apa. Bukan tak buat plan tapi kadang-kadang plan berubah.  Selalu berlaku towards weekend sebab dah mula rasa lemau masuk dapur. Ish...ish..ish...kena istiqamah ni.  

Ikan bakar selalu jadi penyelamat menu makan malam kami sekeluarga.  Ikan bakar bersambal lebih menyelerakan berbanding dengan ikan bakar kosong. Tapi kalau dah habis pesnya, bakar kosong makan dengan kicap potong cili pun sedap. Biasanya kami akan sediakan pes ikan bakar lebih sedikit dan bekukan, bila-bila teringin nak makan ikan bakar lagi, boleh saja defrost kan pes yang ada...lagi mudah !

Pes Ikan Bakar Ala Teluk Tempoyak


Teluk Tempoyak, Batu Maung Pulau Pinang adalah antara tempat ikan bakar yang terkenal. Dah lama dah tempat ni, daripada masa akak study kat USM lagi tempat ni dah popular.  Lagi best kalau pandai buat pes ikan bakar ala-ala Teluk Tempoyak ni.  Kami pun cuba-cuba lah sediakan pes ikan bakar ni, kalau tak seratus peratus sama, dapat ala-ala pun okay dah.

Bahan-bahan yang kami gunakan:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia

Kesemua bahan ni korang kisar.

4 sudu besar cili mesin
Belacan sebesar ibu jari
Gula melaka
asam keping
garam

Caranya mudah saja - tumis bahan kisar tadi sampai naik bau.  Masukkan cili mesin dan belacan.  Tumislah sampai agak-agak kering. Masukkan asam keping, gula melaka dan garam ikut sesedap rasa.  Kalau kering, masukkan sedikit air.  Masak sampai pecah minyak.  Akak dan hubby kalau memasak, susah nak tentukan sukaran untuk garam dan gula. Ikut korang punya deria rasa masin manisnya.  Kalau korang biasa guna perasa tambahan lain boleh je korang masukkan untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.

ikan bakar sedap, pes ikan bakar, menu mudah disediakan

Pes yang dah siap, Salutkan dekat ikan. Pes yang lebih boleh simpan. Lain kali boleh masak lagi.

ikan bakar sedap, pes ikan bakar, menu mudah disediakan

Ikan pilihan semalam ialah ikan cencaru. Boleh je ikan apapun. Balut denga daun pisang, wangi baunya.

ikan bakar sedap, pes ikan bakar, menu mudah disediakan

Lauk malam tadi. Makan dengan nasi panas-panas. Kami bertiga saja makan ikan, adik wan makan telur dadar dengan sambal ikan bakar tu. 

Cubalah korang....





You Might Also Like

2 comments

  1. huurm Telok Tempoyak memang famous. entry dia dalam draft CT x publish2 lgi hihi.. bestnyaa kak.. nxt time nk buat lagi roger k.. cheq p ketuk pintu rumah =D

    ReplyDelete
  2. nampak sangat sedap....

    jom datang blog saya http://lebahjuling.blogspot.com/2019/01/the-confession.html

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook