Kejutan demi kejutan dapat daripada Althea Korea ni.  Produk pulak best dan sesuai dengan kulit akak.  Bila ada produk baru rugi kalau tak cuba. Salah satunya ialah Althea Milk Peel Cream Mask, masker berasaskan protein susu sesuai untuk menyegarkan kulit wajah yang kusam. 

Althea Milk Peel Cream Mask



Produk Althea, Althea beauty, masker pilihan
gambar dari website Althea


Apa yang menariknya dengan produk Althea yang ni?  Samakah dengan masker yang lain? Yelah akak sendiri pun kat rumah ada beberapa koleksi masker untuk diguna. Taklah banyak adalah beberapa masker yang menjadi pilihan.  Kalau bukan akak yang guna, anak-anak dara akak yang guna.  Bezanya dengan Althea Milk Peel Cream Mask ini ialah ianya mengandungi protein susu yang pastinya akan membantu memberi kelembapan pada kulit muka.  Ada juga AHA dan BHA yang membantu membuang kulit mati secara lembut untuk menjadikan kulit lebih licin.

2 kandungan ini sahaja dah menarik akak untuk mencuba.  Mula-mula kena test sikit dulu untuk tengok kesesuaian kulit.  Tak maulah jadi masalah pula nanti. Setakat ini akak tak ada masalah dengan produk Althea ini.  Mungkin sebab kebanyakan produk terhasil daripada bahan semulajadi.

Cara Menggunakan Althea Milk Peel Cream Mask


Bila sebut `mask' mesti korang terbayangkan topeng atau kena tunggu cream tu mengeras baru boleh basuhkan? Haa....tulah yang anak-anak akak kata bila disuruh cuba guna.  Sebenarnya salah ! Althea Milk Peel Cream Mask sangat mudah untuk dipakai.  Hanya ambil masa tak sampai 5 minit pun.  Korang sapukan dengan sapuan nipis ke atas kulit, biarkan buih-buih halus yang banyak terbentuk.  Masa ni lah yang paling best. Rasa macam kulit muka disedut-sedut.  Lepas tu korang biarkanlah 3- - 60 saat sebelum bilas.  Tak perlu tunggu sampai mengering keras. Bilas dengan air suam bersih. Lap kering.  Masa tu rasa segar dan bersih je kulit muka...hahha....


Produk Althea, Althea beauty, masker pilihan
Test dulu sapu kat tangan. 




Kalau Kulit Bermasalah Boleh Ke guna Althea Milk Peel Cream Mask ni?


Untuk pengetahuan semua, Althea Milk Peel Cream Mask ni sesuai untuk digunakan oleh semua tak kira apapun jenis kulit muka korang. Antaranya:


  • kulit jenis kombinasi
  • kulit yang mempunyai pori-pori besar
  • kulit kasar dan sensitif
  • kulit kering
Sekarang ni akak dan anak-anak dara kat rumah dah tambah satu lagi masker untuk kami guna.  Mudah semua boleh guna.  Penggunaannya pulak tak perlulah hari-hari, akak cuma guna seminggu sekali atau dua kali saja. Dengan harga RM36 sahaja, memang korang akan puashati dengan hasilnya.

Kalau korang berminat, boleh terjah ke laman web Althea : Althea Milk Peel Cream Mask


Jangan lupa gunakan kod di bawah untuk free shipping.

              FREE SHIPPING on all ALTHEA Exclusives with CODE:   PBSHIP


Produk Althea, Althea beauty, masker pilihan



*Review ini dibuat selepas akak guna sendiri. Lain orang mungkin lain penerimaan dan hasilnya.


5 Comments

  1. Wah bestnya mesti muka shining lepas pakai mask ni

    ReplyDelete
  2. mask milk ni ramai tgk yg try :)

    ReplyDelete
  3. Best Milk Peel ni. Lepas clay bertukar jadi foam, syoknya tenyeh muka rasa keluar semua kulit mati, hehe.

    ReplyDelete
  4. nampak berkesan, betul lain orang lain kesannya ikut kesesuaian kulit

    ReplyDelete
  5. nampak berkesan, betul lain orang lain kesannya ikut kesesuaian kulit

    ReplyDelete