Mulakan Hari Dengan Susu Dutch Lady PureFarm


Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.


Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. 


Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.


Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.


"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

 Bagaimana susu membina keluarga yang kuat? 



Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.

susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat
Bekalan susu Dutch Lady PureFarm


Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".


"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.


Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.



Pilihan Sarapan Pagi Dengan Dutch Lady PureFarm

Untuk mulakan hari dengan lebih cergas, akak akan pastikan kami sekeluarga mendapat sarapan yang baik.  Semestinya pilihan adalah segera susu Dutch Lady PureFarm dengan pelbagai hidangan sampingan ikut kesempatan yang ada.  Antara hidangan sarapan yang akak sediakan akak share kat sini, manalah tau boleh beri idea untuk korang.  Pagi biasanya adalah masa yang sangat sibuk terutama bagi mereka yang bekerja dan ada anak-anak yang perlu dihantar ke sekolah atau taska.  

susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat
Nasi Lemak dengan segelas susu, memang mengenyangkan.  Sampai tengahari pun masih rasa bertenaga.

susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat
Ada hari terjaga awal, sambil-sambil bersiap sempat sediakan fettucini karbonara.  Tak susah mana pun asalkan semua barang-barangnya ada.  Biasanya kalau bekalan begini memang anak-anak suka. Lengkap semua khasiat.

susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat
Sandwich tuna. Mudah disediakan. 

susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat
Kalau rajin boleh buat roti piza. Tapi biasanya bila dah pertengahan minggu, akak beli saja stok roti, piza dan sebagainya, pagi panaskan hidangkan bersama dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm.


susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat

susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat

Kat rumah ni stok biskut pack memang sentiasa ada.  Selain dari cracker biasa, akak pastikan ada juga biskut berasaskan oat.  Senang pagi-pagi pecah-pecahkan biskut dan rendam dalam susu.  Memang sedap !

susu dutch lady purefarm, sarapan berkhasiat, jaga badan untuk sihat
Hidangan kek juga boleh juga disediakan.  Beli pun boleh, buat sendiripun boleh. Yang penting kena dapatkan sarapan pagi yang sihat dan korang boleh kekal cergas.


Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan!

3 Comments

  1. ducth lady susu pilihan CCL setiap kali bfast

    ReplyDelete
  2. seronok dapat breakfast dengan susu Dutch Lady

    ReplyDelete
  3. sarapan rasa lengkap dengan segelas susu dutch lady setiap hari

    ReplyDelete