Menu Campak-Campak Pun Sedap

Thursday, November 22, 2018

Lama dah tak berkongsi gambar masakan dekat sini.  Tak ada yang menarik sangat pun, masak biasa-biasa setiap hari. Ikut mood juga.  Mood masak campak-campak.  Haha..dari kecil lagi akak biasa dengar kak long akak guna istilah masak campak-campak ni. Masa tu dok terbayanglah kak long dok campak bahan-bahan yang digunakan ke dalam periuk atau kuali. Yang menariknya, hasil masakan campak-campak kak long memang sedap.

Bila dah dewasa dan berkeluarga sekarang ni, akak pun memang selalu sangat guna menu masakan campak-campak ni.  Tak pernah tak habis ! Masakan campak-campak ni biasa akan menjadi bila korang nak cepat, idea masak datang tiba-tiba, masak ikut bahan yang ada dalam simpanan saja dan yang paling penting mood korang masa memasak tu.  Kalau mood tengah marah atau malas memang tak best tapi kalau masak dengan hati yang tenang dan seronok biasanya memang menjadi dan sedap.

Menu speghetti campak-campak akak minggu lepas.  Stok speghetti, makaroni atau spiral dan segala sos berkaitan memang sentiasa ada kat rumah akak.  Paling mudah nak sediakan dan masaklah cara mana pun, anak-anak memang suka.

speghetti ringkas, masak sedap, menu mudah disediakan, menu western


Nampak macam kurang bahan. Ada udang, lada hitam, sedikit cendawan butang. Nak campur cili flake tak ada tapi itu bukan masalah, cili kering kan ada. Gunting kecil-kecil dan boleh dah menggantikan cili flakes.  Sedap juga.

speghetti ringkas, masak sedap, menu mudah disediakan, menu western



Yang ni akak gunakan sos prego carbonara, pembalut biru.  Kalau tak ada boleh saja gunakan prego herb & cheese, sedap juga. Taburkan sedikit daun parsley segar dari ladang. Masak macam ni pun boleh berulang-ulang kali makan.

Korang ada menu campak-campak ? Jomlah share.

You Might Also Like

11 comments

  1. Yang campak2 tu la yang buka selera

    ReplyDelete
  2. Yang campak-campak tu la yg sedap..
    sebab kita masak guna apa yg ado je

    ReplyDelete
  3. sedapnya, mak2 ni kalau masak campak2 mmg sedap kan!

    ReplyDelete
  4. dah beberapa hari teringin nak makan spagethi carbonara..tak tercapai hajat lagi..sob sob

    ReplyDelete
  5. Azi ni menu campak-campak pun sedap. kalau tak campak-campak lagi la marvelous ni :)
    Akak pulak jangankan campak-campak, yang berhati-hati follow resepi pun masyaAllah serupa macam campak-campak da....hahaha

    ReplyDelete
  6. Kalau zumal main campak2 confirm tak jadi. huhu...

    ReplyDelete
  7. yang penting.. masak simple tapi sedap...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook