Hindari Keluarga Daripada Kuman Berbahaya Dengan Rangkaian Permbersihan Diri Dettol Profresh

Wednesday, November 21, 2018

Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri


Siapa yang tak kenal dengan jenama Dettol.  Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari. Diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya.

dettol, harga dettol, rangkaian produk pembersih diri, dettol profresh segar, hindari kuman, peliharan kebersihan keluarga



Family akak memang suka gunakan produk Dettol ni.  Bila guna, rumah pun berbau harum sebab sekarang ni dah ada pelbagai jenis varian bau yang menyegarkan.

Guna Dettol Untuk Kurangkan Risiko Pendedahan Kepada Pelbagai Jenis Kuman


Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.

dettol, harga dettol, rangkaian produk pembersih diri, dettol profresh segar, hindari kuman, peliharan kebersihan keluarga


Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

dettol, harga dettol, rangkaian produk pembersih diri, dettol profresh segar, hindari kuman, peliharan kebersihan keluarga


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka. 

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

dettol, harga dettol, rangkaian produk pembersih diri, dettol profresh segar, hindari kuman, peliharan kebersihan keluarga


“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.  Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: 

1. ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas.

2. ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan.

 Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.  Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.


Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting.

Peluh Bukan Penyebab Badan Berbau


Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan:  Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. 

dettol, harga dettol, rangkaian produk pembersih diri, dettol profresh segar, hindari kuman, peliharan kebersihan keluarga



Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

Lepas ni boleh tambah stok produk Dettol kat rumah.  Suka sungguh dengan bauan yang menyegarkan daripada rangkaian Dettol Profresh. Memang menyegarkan !

You Might Also Like

1 comments

  1. Dettol wajib ada dalam setiap rumah untuk kekal segar dan bersih dari sebarang kuman

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook