Bersambung-sambung pulak tengok drama kat tv ni. Tapi macam biasa akak memang tak on time.  Kemudian-kemudian baru tengok.  Biasanya tengok dulu sinopsis, kalau menarik baru tengok pelakon lepas tu baru cuba tengok episod pertama.  Kalau episod pertama menarik, barulah akak follow sampai habis.

baca novel cik reen encik ngok ngek , drama adaptasi novel, drama romantik komedi


Cik Reen Encik Ngok Ngek Gandingan Sesuai

Mula-mula tengok tajuk drama ni dah rasa ada unsur komedi.  Adaptasi novel lagi. Akak pernah nampak novel ni di kedai buku, tak rasa nak baca pun sebab rasa mungkin kisah cinta monyet anak-anak di institusi pengajian tinggi.  Bila tengok drama, rupanya bukan. Episod pertama lagi akak dah rasa gandingan sesuai antara Fikri Ibrahim dan Farah Nabila.  Fikri memang dah pernah tengok aksi komedi nya sikit-skit tapi tak sangka pulak aktress Farah Nabila sesuai untuk watak Cik Reen ni.

En hubby yang tak minat tengok drama Melayu nipun dah ter join akak setiap Isnin - Khamis jam 10 malam, tunggu depan tv. 


Sinopsis Cik Reen & Encik Ngok Ngek

baca novel cik reen encik ngok ngek , drama adaptasi novel, drama romantik komedi
gambar google


Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut. 

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. 



Cik Reen  Encik Ngok Ngek akan bersiaran sebanyak 20 episod setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)

Kalau korang nak baca sebahagian novel Cik Reen Encik Ngok Ngek ni, korang boleh layan kat SINI NOVEL


2 Comments

  1. Itulahhh best juga cerita ni..kena cari balik episode sebelum-sebelum ni

    ReplyDelete
  2. macam best!tajuk pun dah kelakar!haha

    ReplyDelete