Big Bad Wolf Datang Lagi Ke Pulau Pinang

Monday, October 01, 2018

Pesta Buku Big Bad Wolf kembali ke Pulau Pinang dengan diskaun hebat sebanyak 75% hingga 95% 

Pada penggemar buku jangan lepaskan peluang mendapat diskaun sehingga 95% ni. Rugi korang. Sesekali dia mai, kena ambil peluang penuhkan almari buku.  Akak selalu teringin nak ke BBW ni. Kali ni rasanya boleh singgah sebab dah dekat sangat!


big bad wolf, pest buku besar-besaran, buku diskaun 75%, buku diskaun 95%


Pesta Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Pulau Pinang dalam siri jelajahnya ke utara pada Oktober ini! Pastikan korang tidak melepaskan peluang untuk menyertai pesta buku tersebut yang bakal berlangsung pada 4 hingga 14 Oktober 2018 bertempat di Aras 7, Gurney Paragon. Pesta buku yang amat dinanti-nantikan ini akan berlangsung selama 11 hari, bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah malam. Masuk adalah PERCUMA, oleh itu pastikan anda tidak datang sendirian. Bawa rakan-rakan serta ahli keluarga dan berkongsi kemeriahan memburu buku kegemaran anda bersama-sama orang yang tersayang. 

Digelar sebagai pesta buku terbesar di dunia, Pesta Buku Big Bad Wolf sememangnya amat terkenal kerana menawarkan diskaun yang tiada tandingannya. Bagi para pencinta buku, bersedia untuk menikmati diskaun 75% hingga 95% keatas beraneka pilihan buku. Para pengunjung boleh menemui buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti novel, sains fiksyen, jenayah, seram, buku perniagaan, reka bentuk dan kesenian, buku memasak, seni bina dan banyak lagi. Para ibu bapa juga boleh menemui beraneka pilihan buku untuk kanak-kanak seperti buku kadbod tebal, buku cerita, buku aktiviti, buku remaja dan banyak lagi. Buku-buku yang ditawarkan di pesta buku berkenaan terdiri daripada tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Cina. 

big bad wolf, pest buku besar-besaran, buku diskaun 75%, buku diskaun 95%


“Kali terakhir Pesta Buku Big Bad Wolf diadakan di Pulau Pinang ialah pada tahun 2016. Semenjak itu, para peminat kami di Pulau Pinang sering mengalu-alukan kepulangan kami. Pada awal tahun ini, kami telah membuat keputusan untuk berkunjung ke seberapa banyak bandar yang mungkin, selepas Melaka, Ipoh, Kuching dan kini kami sedang menuju ke utara,” kata Pengasas Pesta Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.

“Kami sememangnya berhasrat untuk berkunjung ke lebih banyak lagi bandar di Malaysia bagi memberikan akses yang lebih luas kepada orang ramai untuk mendapatkan buku pada harga yang berpatutan. Kami percaya bahawa buku mampu mencipta peluang, menjadi sumber inspirasi serta membentuk masyarakat yang lebih berwawasan,” tambah Yap lagi. 

Terdapat buku yang sesuai untuk semua orang di Pesta Buku Big Bad Wolf. Para pengunjung boleh menemui buku-buku pendidikan keluaran penerbit terkenal seperti Kualiti, Sasbadi, PTS dan Pelangi, semuanya dengan potongan harga terhebat serta novel kontemporari Malaysia terbitan Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan banyak lagi.

Para pengumpul serta peminat barangan vintaj juga boleh mendapatkan beraneka pilihan poster dinding, lencana butang serta barangan eksklusif Big Bad Wolf pada harga yang rendah. 

Pesta Buku Big Bad Wolf telah berkunjung ke beberapa bandar di Malaysia sepanjang 2018 seperti Melaka, Ipoh, Kuching dan kini di Pulau Pinang. Pastikan anda mengetahui bila pesta buku ini akan tiba ke bandar-bandar yang berdekatan dengan anda, agar anda tidak terlepas peluang untuk memiliki buku-buku hebat pada harga yang menakjubkan.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila kunjungi laman Facebook rasmi Big Bad Wolf di https://www.facebook.com/bbwbooks/

Jangan lupa singgah kat sini !


Big Bad Wolf Pulau Pinang 2018
Tempat:  Aras 7, Gurney Paragon 
Tempoh jualan:  4 hingga 14 Oktober 2018 
Masa: 10 pagi hingga 12 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!

You Might Also Like

5 comments

  1. Serious berbaloi beli buku time BBW sebab harga dia murahhh ;)

    ReplyDelete
  2. Ekin dulu pun pernah datang tiap kali ada big bad wolf ni,, memang rambang mata tengok buku banyak2.. Semua best2 pulak tu. .Hihi

    ReplyDelete
  3. ni yang best ni. buku harga RM50++ pun boleh dapat RM8 !

    ReplyDelete
  4. habislaaahhh. rambang mata nak memilihnyaa hahaha. nasib baik jauh penang hehe

    ReplyDelete
  5. Bahagia betul kalau dapat ke BBW ini.. tak pernah berjaya jejakkan kaki kat sini.. Sedih.. hahaha..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook