Reward Untuk Diri Sendiri Dengan Kotak ALTHEA

Thursday, September 13, 2018

Fuh..fuh...cuti panjang blog nipun senyap sunyi.  Sebelum cuti memang macam-macam plan nak update tapi bila dah mula cuti dengan macam-macam benda nak kena uruskan terus hilang semua idea nak update sini.  Bak kata kawan akak...janji tinggal janji je lah kau ni...letih aku check new entry hari-hari.... Ampun ya sahabat...memang betul-betul tak larat nak menulis bila dah seharian keletihan.

Okay hari ni akak update tentang satu lagi produk Althea yang akak beli dengan menggunakan reward point angel yang dapat hari tu.  Actually ada beberapa barang yang akak dapatkan.  Selain daripada produk yang akak nak bagitau ni, akak beli juga satu set Bare Essential yang akak pernah cerita kat korang dulu.  Pada yang tak tahu lagi, boleh baca kat sini : BARE ESSENTIALS SET

produk althea, kotak misteri althea, althea korea, beauty product, wanita dan kecantikan
Kotak yang terkini.  Dah berkotak-kotak tersimpan kotak cantik ni.

Petal Velvet Powder Dari Althea


Oleh kerana stok bedak muka dah habis, maka teringin nak tukar jenama dan nak cuba yang simple aje. Akak ni bukan jenis bermekap beriya sangat, cukup sekadar yang basic saja agar muka takdelah nampak pucat. Secara kebetulan, dapat reward point. Oleh kerana di Althea ni ada macam-macam produk kecantikan yang agak sesuai dengan kulit muka akak, maka tak teragak-agaklah untuk mencuba produk kat sini. Belek punya belek berminat dengan Petal Velvet Powder ni.  Simple jer....

produk althea, kotak misteri althea, althea korea, beauty product, wanita dan kecantikan

Petal Velvet Powder pilihan akak. 


Apa yang best guna Petal Velvet Powder ni?


Lepas guna beberapa minggu, ni yang akak dapat share dengan korang.

1.  Kulit wajah rasa licin walaupun dah pakai berjam-jam. Sebelum ni kulit muka akak ni cepat berminyak.

2. Kulit wajah tidak kering dan sentiasa kelihatan segar.

3. Ianya ringan dan muka masih nampak natural. Ini yang akak suka, takdelah nampak over sangat .

4. Bekasnya comel jer, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.

produk althea, kotak misteri althea, althea korea, beauty product, wanita dan kecantikan

Kecil aje bekasnya. Mudah disimpan dan dibawa.


produk althea, kotak misteri althea, althea korea, beauty product, wanita dan kecantikan

Pilihan warna yang ada. Akak guna warm beige, sesuai dengan warna kulit akak yang tak berapa terang tapi tidak ler gelap ..hahhaa...



Petal Velvet Powder ini boleh didapati dalam 2 warna iaitu Translucent dan Warm Beige.  Baru-baru ni ada limited edition Pink Lavender.  Kalau korang nak cuba, boleh ke website ALTHEAPetal Velvet Powder dijual dengan harga RM16.00.  

Itu jelah yang akak nak cerita.  So guna dulu sebab dah tersuka....






You Might Also Like

9 comments

  1. Allhamdulillah... kdg kala harus ada reward tuk diri sdiri...

    ReplyDelete
  2. saya pun beli BE ni juga...

    ReplyDelete
  3. Ana guna yg lavender tu kak. So far best je guna.next nk beli yg warna warm beige tu lah. Sebab kulit ana pun tak cerah mana. Hehe

    ReplyDelete
  4. Bagus ni. Lepas cuti panjang dapat produk Althea. Nampak amat cantik sekali.

    ReplyDelete
  5. reward utk diri sendiri kena ada...
    baru la semangat dalam nak buat apa jua kan..:)

    ReplyDelete
  6. Althea produk yang sangat menarik dan hebat

    ReplyDelete
  7. beli jugak yang lavender tu pastu menyesai beli satu

    ReplyDelete
  8. ehehe untuk reward diri sendiri apa salahnya kan kak.. i suka je tngk orang shopping2 ni hehehe..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook