Masuk usia empat puluhan dah kena semakin berhati-hati dengan perkembangan kesihatan diri.  Setiap kali dapat berita kematian orang-orang yand dikenali secara tiba-tiba, mulalah terfikir macam-macam.  Macamana kalau terjadi kat diri sendiri? Macamana orang-orang yang ditinggalkan terutama anak-anak?

Korang tahu tak pasal serangan Transient Ischemic Attack (TIA). TIA boleh berlaku pada sesiapa sahaja. TIA juga dikenali sebagai mini stroke. TIA berlaku bila mana terjadi kehilangan fungsi sementara disebabkan oleh kehilangan aliran darah di otak, saraf tunjang atau retina tanpa menyebabkan kematian tisu.
Ianya berlaku secara tiba-tiba. 


info kesihatan, serangan stroke, cegah, ambil tahu


Tanda-tanda serangan TIA


Ada beberapa tanda korang boleh lihat yang menunjukkan seseorang itu mendapat serangan TIA.

1. Bahagian badan seperti tangan, muka atau kaki tiba-tiba menjadi lemah, kebas dan badan terasa berat.

2. Sukar untuk bertutur dan sekiranya ada pertuturan yang keluar, ianya susah untuk difahami.

3. Penglihatan menjadi kabur.

4. Rasa pening atau sakit kepala tiba-tiba.


info kesihatan, serangan stroke, cegah, ambil tahu



Sekiranya ada tanda-tanda seperti ini, korang dinasihatkan segera mendapatkan bantuan pakar.  Kelewatan berjumpa pakar atau pergi ke hospital akan menyebabkan masalah yang lebih serius.

Syntom-syntom ini mungkin akan berlarutan selama beberapa minit atau mungkin juga beberapa jam.


info kesihatan, serangan stroke, cegah, ambil tahu


Korang, jaga kesihatan sebaik mungkin yer. Pesanan untuk diri sendiri juga ni. Harap-harap info yang sedikit ini dapat kita gunakan untuk kebaikan bersama.

*semua gambar google ajer

2 Comments

  1. Bahaya juga TIA ni kan? Kena kawal diri dari makan segala junk food yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...kena amalkan gaya hidup sihat dan ambil pemakanan yang sihat.

      Delete