Kadang-kadang blog lama terbiar sebab tak tahu nak tulis apa.  Ada banyak bahan tapi tak tahu nak mulakan. Dah tulis tapi tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai dan menarik.  Korang pernah tak rasa macam ni?  Kalau akak memang selalu.  Selalu tercari-cari tajuk yang sesuai supaya apa yang kita tulis mendapat perhatian orang yang datang membaca.  Barulah terkesan !


tips blogger, seo blog, tarikan pembaca


Tips Menulis Tajuk Entry Menarik


Kena cari ilmu yang boleh bantu akak untuk hasilkan tajuk entry yang menarik.  

1. Tanya Soalan 

Mulakan tajuk entry dengan tanya soalan. Contohnya `Adakah aku ingin menjadi seorang blogger berjaya ? Kalau orang yang singgah tu memang seorang blogger, pasti dia akan terus membaca sebab nakkan tips menjadi blogger berjaya.  Penulisan pun kenalah guna konsep 5W 1H - who, when, why, where, what, how.  

2. Emosi

Mulakan tajuk dengan emosi korang ketika itu.  Contohnya `Lazatnya Hidangan Sajian Utara di .....'
Emosi memainkan peranan untuk menaikkan keinginan orang untuk terus membaca.

3. Gunakan ` JANGAN'

Penggunaan `jangan' lebih kepada memberi peringatan pada pembaca. Misalnya sekarang ni viral tentang jangkitan HFMD, boleh guna tajuk seperti Jangan Lakukan perkara ini sekiranya anda tidak mahu dijangkiti dengan jangkitan HFMD.  

4. Gunakan perkataan Senarai

Ini yang selalu akak gunakan sebagai tajuk untuk dapatkan tarikan pembaca.  Antara perkataan yang boleh guna - senarai 7 teknik lulus ujian temuduga, 8 langkah menangani masalah ponteng sekolah.  Contoh tajuk la....
Biasanya list nombor akan lebih mudah dan cepat untuk dibaca.

5. Kisah Kejayaan

Menulis nama-nama orang berjaya sebagai tajuk pun boleh mempengaruhi pengunjung untuk membaca dan memberi inspirasi kepada pembaca.

6. Berikan Tawaran

Mulakan tajuk dengan tawaran barangan atau harga murah biasanya akan membuat pengunjung tertanya-tanya apa tawaran yang diberi. 

Cukuplah 6 tips dulu.  Akak pun sedang cuba praktikkan mana yang boleh tambah jumlah pengunjung selain daripada faktor-faktor lain. 

Korang cubalah ye!

10 Comments

  1. boleh dicuba ni, nice tips kak azi..

    ReplyDelete
  2. Tips yang baik kak azi. Thanks berkongsi

    ReplyDelete
  3. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete
  4. Waa..tq atas tips nya..akan dipraktikkan nanti ☺

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk tips ni..boleh apply kan..

    ReplyDelete
  6. nice tips! sha selalu ada masalah nak pilih tajuk entry

    ReplyDelete
  7. nice tips. tajuk lah yang paling penting sekali kalau nak orang baca. saya nak cuba tipss ni

    ReplyDelete