Melayan Keluarga Selagi Ada Kesempatan

Wednesday, August 01, 2018

Apa lagi yang paling membahagiakan seorang ibu selain daripada melihat keluarga gembira.  Macam-macam cara boleh buat untuk wujudkan suasana gembira di kalangan ahli keluarga.  Salah satunya ialah menyediakan masakan yang disukai dan boleh dinikmati bersama keluarga.

Korang dah ada idea tak nak masak apa untuk hari ini dan sepanjang minggu ni?  Jom akak share menu family akak minggu lepas, mana tau boleh jadi rujukan dan inspirasi korang nak memasak pulak.

Ayam MasaK Merah 



menu keluarga, masakan mudah dan sedap, makanan anak suka, ayam masak merah, asam pedas melaka, western food

Ni hasil masakan mr chef.  Ayam masak merah meriah bahan, masakan camni tak boleh buat selalu sebab macam-macam bahan dimasuknya.  Sesekali untuk keluarga bolehlah.  En hubby ni kalau tiba masa rajin memang best tau hasil air tangannya.

Asam Pedas Kepala Ikan


menu keluarga, masakan mudah dan sedap, makanan anak suka, ayam masak merah, asam pedas melaka, western food

Dalam seminggu mesti ada sekali yang akak teringin nak makan asam pedas melaka. Eh dah namapun orang Melaka dah tentu tak boleh nak tinggal lauk kegemaran ni.  Rasa puas tau bila dapat hirup kuah asam pedas tu. Kalau nak best lagi, simpan dan panaskan keesokan harinya.  Buat cekodok atau lempeng dan cicah dengan kuah asam pedas. Sedappp.....

Kari Ayam


menu keluarga, masakan mudah dan sedap, makanan anak suka, ayam masak merah, asam pedas melaka, western food

Kari ayam ni kegemaran anak-anak.  Buat kuah jangan pekat sangat boleh cicah dengan cekodok jugak. Biasanya akak masukkan sekali potongan kentang sebab anak-anak suka.  Kalau rajin buat roti jala, pun boleh makan dengan kuah kari ayam ni.


Macaroni MeatBall


menu keluarga, masakan mudah dan sedap, makanan anak suka, ayam masak merah, asam pedas melaka, western food

Antara hasil bekalan anak-anak minggu lepas.  Bila mak tengok ada macaroni dan meatball serta sos prego original, tak perlu fikir banyak, terus buat.  Sesekali menu western yang simple macam ni pun dah cukup untuk bekalan anak-anak. Masakan begini tak perlu masa yang lama.  Dalam setengah jam boleh siap. 


menu keluarga, masakan mudah dan sedap, makanan anak suka, ayam masak merah, asam pedas melaka, western food

Akhirnya, bekalan buah-buahan tempatan yang sentiasa ada stok di rumah minggu lepas.  Jika minggu sebelum tu asyik makan durian ajer, minggu lepas en hubby rajin pulak membeli buah manggis.  Sekilo RM3, memang puas makan.  Akak suka tengok buah manggis ni. Rasanya yang manis..hmmmmm....sedap.  

Hitam-hitam si tampuk manggis
Sungguhpun hitam ku pandang manis.

Harap korang dah beridea lah yer! Resepi ramai yang share kat blog.

You Might Also Like

6 comments

  1. woww murahnya sekilo rm3 manggis. minggu lepas beli tak silap sy, rm6 sekilo. hahaha

    ReplyDelete
  2. Ya allah..SA dah la tengah pemalas lipas nak bawak bekal pi kerja..tgok menu ni terus semangat semula nak masak...sedapnya la kak azi oii...share la resepi ngan cara2 masak asam pedas melaka..asyik failed je SA ni masak asam pedas

    ReplyDelete
  3. rajin masak... masak tuk fmly byk pahala sis...

    ReplyDelete
  4. haiiii. saya belum brkahwin tapi perasaan bila tengok family makan sampai hbis makanan kita tu memang bahagia, makin bersemangat nak masak hehe. btw, saya baru first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan content blog ni, caantik dan kemas. #383
    meh lah singgah dan follow blog saya hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam.singgah..
    Memang seronok masak makan berkelah bersama2 family
    http://sweetniena.blogspot.com

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook