Semalam ada kawan tanya - seronok ke jadi blogger? Apa kelebihan jadi blogger? Lama akak diam baru jawap.  Jawapan yang paling mudah akak bagi. Ye seronok jadi blogger dan banyak kelebihan yang korang akan dapat kalau korang take it as positive attitude.

Hakikatnya kawan, bukan senang nak jadi blogger. Dah beberapa kali juga akak rasa cam give up tapi bila tengok orang lain bersemangat, semangat tu pun datang balik.  Pelan-pelan kayuh semula. Usia bagi akak bukan penghalang, selagi kau suka apa yang korang buat, should be no problem. 

Buat blog ni macam korang bercerita.  Bercerita dengan kawan-kawan, bercerita dengan anak-anak. Kalau dah mula idea datang, korang akan terus tekan kekunci laptop ni sampai lah takde ayat lagi yang tertulis.  Betul...kalau korang tak percaya, korang cuba.  Penulis blog biasanya akan bercerita berdasarkan pengalaman, sebab itu blog perlukan niche. Niche apa yang korang nak bawa.  Macam akak, akak bawa niche `gaya hidup'. Pelbagai cerita boleh kau share asalkan korang ambil ianya sebagai positive attitude.  Kalau kau rasa segan, malu dan fikir ada ke orang nak baca, itulah yang selalu menghalang korang daripada bercerita. Dulu akak macam tu. Tapi bila kau tengok pageview kau hari-hari bertambah apa lagi...teruslah menulis.

blogger, minat blogger, kelebihan blogger, blog menarik
Motif gambar?....akak google je. Kekunci tu penting untuk seorang blogger. 


Apa kelebihan menjadi blogger?


Pertama sekali, akak dapat ramai kawan.  Walaupun hampir 90% tak pernah bertemu muka tapi kami rapat. Boleh bercerita, bertukar idea dan sebagainya.  Kawan tak kira usia sebab korang punya minat yang sama.

Kedua, kalau korang minat menulis, korang boleh belajar pelbagai gaya penulisan.  Ada blogger yang punyai gaya penulisan yang sangat baik dan kalau terus diasah boleh hasilkan buku. Ada blogger suka tulis santai-santai sahaja bahasanya.  Akak suka gaya penulisan santai ikut cara seperti bersembang dengan kawan-kawan. Gaya begini rasa akak lebih rapat dengan pembaca.

Ketiga, kalau korang ingat blogger ni main hentam tulis aje,salah tu.  Mungkin ada segelintir tapi sikit sangat kot.  Nak buat blog itu mudah tapi nak pastikan ada follower itulah yang korang nak kena juga ada ilmu blogging. Korang kena join juga group blogger otai untuk sedut serba sedikit ilmu mereka.  Ada yang tak kedekut ilmu, boleh je share dengan blogger baru. Macam akak kata tadi sebab punyai satu minat yang sama ----- menulis.

Keempat, bila dah lama dalam kelompok blogger ni, akak sedar ianya merupakan salah satu tapak untuk korang simpan duit.  Bila blog korang dah ramai pengunjung ada je job berbayar untuk korang buat.  Bukan hari ni buat blog esok dapat job. Bukan! Bukan! Hari ni korang mula mungkin setahun, dua atau lebih baru boleh merasa simpan duit gaji blog.  Akak sendiri ambil masa hampir 5 tahun sebelum betul-betul merasa gaji blog.

Kelima, yang ni paling best sebab boleh dapat macam-macam produk untuk review.  Semua produk yang akak terima akak akan guna. Yang mana sesuai dengan akak biasanya akak akan terus jadi pengguna produk tersebut. Seronok juga bila mana kau jadi antara yang terpilih untuk guna produk tertentu.  Bila dah guna, lagi mudah nak bercerita kan...

blogger, minat blogger, kelebihan blogger, blog menarik
Antara barangan yang akak pernah review dan sekarang masih digunakan.  Ada lagi kat belakang-belakang tu, guna ikut giliran.  


Cukuplah lima kelebihan jadi blogger ni.  Ada banyak lagi.  Di samping seronoknya ada juga yang kurang.  Tapi pada akak, asalkan korang tulis yang benar berdasarkan pengalaman korang dan korang terima apa juga sebagai sesuatu yang positive, in sha Allah okay. 

Jom korang yang minat, bolehlah mula sediakan tapak sebagai blogger.

10 Comments

  1. sokong dan dipersetujui.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. wah lamanya akak dalam dunia blogging ni mesti dah jumpa macam macam jenis blog kan ? by the way, boleh saya tahu apa group blogger otai ? nak join jugak nak cari ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama jugalah...tapi masa awal tu lebih pada suka-suka tak rajin meng update.

      Delete
  3. Itulah manisnya pengalaman jadi seorang blogger...

    ReplyDelete
  4. sha masih malu malu kalau orang terdekat baca sebab dorang selalu perli perli, bajet popular tapi since benda ni boleh dapat duit sampingan mula pekak kan telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe lama-lama nanti mesti tak kisah dah. Abaikan apa orang lain kata selagi kita tidak bercerita tentang keburukan orang.

      Delete
  5. Ana pun sama kak. Kadang give up nk blogging. Kadang malas kadang takde idea. Tp apa lagi ana nak buat dekat rumah ni kn. Semoga ada rezeki boleh jumpa kak azi nanti.

    ReplyDelete
  6. Penulisan kita di blog moga menjadi ilmu kpd ramai org. InshaAllah saham akhirat kita ni :)

    https://www.celikvitamin.com/blog/rawatan-efektif-untuk-penyakit-hati-berlemak-atau-fatty-liver/

    ReplyDelete