Dah 61 tahun negara kita menyambut kemerdekaan.  Tahun ni dah lebih daripada 40 kali akak sambut hari merdeka kalau dikira daripada lahir. Apa maksud kemerdekaan bagi korang?

Tentu macam-macam jawapan yang akan timbulkan.  Bagi akak merdeka membawa macam-macam maksud bila kita tengok dari sudut yang berlainan.  Tapi yang pasti semuanya membawa kepada satu maksud yang sama antaranya ialah merubah sesuatu kepada yang lebih baik lagi. Kalau dulu dijajah, sekarang boleh membina negera sendiri. Kalau dulu susah, sekarang berusaha untuk jadi yang lebih baik. Merdeka bukan sahaja pada luaran tapi dalaman diri kita sendiri pun perlu merdeka.

Merdeka daripada pemikiran yang negatif.

Asalnya bercadang untuk melihat perarakan hari kebangsaan di Padang Kota tapi disebabkan awal pagi hujan agak lebat maka tak jadilah kami keluar.  Tengok siaran langsung di tv ajelah.  Hari cutikan....bila ada kat rumah macam-macam tugasan boleh dibuat juga.

Sebagai rakyat Malaysia dah tentu akak berbangga tinggal di Malaysia.  Walau apapun yang berlaku, sebagai rakyat kita cuba tangani dengan sebaiknya.  Merdekakan diri kita daripada rasa takut dan pemikiran yang boleh menyusahkan diri sendiri.

hari kemerdekaan malaysia ke 61, merdeka 2018, selamat hari merdeka

hari kemerdekaan malaysia ke 61, merdeka 2018, selamat hari merdeka

Sambut merdeka cara sendiri.   Seronok bila anak-anak pun boleh join sekali.  


Korang ingat tak agak-agak logo dan tema setiap tahun menyambut kemerdekaan?  Dulu masa sekolah akak hafal tau sebab kadang-kadang cikgu suka buat tajuk karangan. Masa form 6 pulak, kena tahu jugak, manalah tahu nanti keluar dalam soalan dalam subjek Pengajian Am.

Kalau korang tak ingat tak pe..ni akak share.

hari kemerdekaan malaysia ke 61, merdeka 2018, selamat hari merdeka


Suka pulak dengar lagu tema hari kebangsaan tahun ni. Sayangi Malaysia tau...kalau korang tak sayang sapa lagi nak sayang negara sendiri kan...



Sayangi Malaysiaku



6 Comments

  1. First time Ekin dapat tengok logo yang dikumpulkan macam ni.. nostalgia betul kan.. dulu tak pernah nak ambil tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...bila kumpulkan baru nampak semua.

      Delete
  2. Salam kemerdekaan Kak Azi. Zumal jer rasa tak merdeka lagi ni

    ReplyDelete
  3. Wahhh first time tengok logo yang zaman dulu dulu punya jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni nak cari lagu yang dicipta untuk hari kemerdekaan pulaklah...mesti ada yang tak pernah dengar lagi kan..

      Delete