Throwback cerita masa raya ke 3 lepas. Salah satu cara kami untuk mengelakkan terlibat dalam kesesakan jalanraya ialah banyakkan pit stop. Hahaa...alasan nak jalan-jalan !  Kisah semalam kami di Avillion Admiral Cove, Port Dickson semasa dalam perjalanan pulang daripada Melaka ke Kulim.

Cuti raya yang agak singkat dan keterujaan nak jumpa adik beradik di hari raya menyebabkan en hubby suruh akak plan elok-elok.  Bab merancang cuti serahkan kat akak.  Plan satu satu lepas tu bentangkan pada bos kat rumah, bila dah dapat kelulusan barulah boleh proceed.  Lepas semalam di kampung en hubby, kami gerak ke Melaka. Semalam juga di Melaka sebab adik-beradik akak tak dapat berkumpul sekali tahun ni.  Memandangkan akak adik yang bongsu maka kenalah pastikan singgah rumah adik beradik yang mana sempat.  Di Melaka lepas beraya seharian dengan abah dan makde, esoknya singgah rumah kak long.  

Selesai rumah kak long barulah bergerak ke Port Dickson.  Kali ni ikut laluan kampung aje daripada Serkam, Bandar Hilir, singgah pulak kat Pantai Puteri lepas tu ikut laluan Pengkalan Balak untuk ke Port Dikson.  Tak lah lama sangat, dalam sejam lebih sikit ja.  

Avillion Admiral Cove ni akak booking di booking.com je. Dapat harga promosi tak sampai RM200 pun termasuk breakfast untuk 2 orang. Okay kan ! Kali terakhir singgah di PD ni 2 tahun lepas.  Boleh baca entry kat sini. Masa tu stay di Thistle Hotel, tepi pantai.  Kali ni cari yang lain sikit.


penginapan selesa di Port Dickson, hotel port dickson, bercuti di port dickson
Bangunan yang nampak tu bukan Avillion yer...akak nak tunjuk tempat kapal layar parking jer.

Berlokasi di kawasan khas yang mana salah satu kelebihan yang ada di Avillion ini ialah tempat parking kapal layar dan bot mewah. Bila tengok gambar kapal layar nilah yang menarik akak bermalam kat sini.  Kami booking bilik superior aje.  Biliknya besar dengan satu katil king size dan satu sofa panjang yang boleh korang jadikan tempat tidur.  Memang puashati dengan keluasan biliknya. 


penginapan selesa di Port Dickson, hotel port dickson, bercuti di port dickson
Macam biasa, bila masuk bilik sebelum anak-anak lompat, mak kena ambil snapshot mana yang sempat.

penginapan selesa di Port Dickson, hotel port dickson, bercuti di port dickson
Actually akak minta twin bed tapi dapat king size, okaylah besar. Kami berempat pun masih selesa lagi.


penginapan selesa di Port Dickson, hotel port dickson, bercuti di port dickson
Ni bilik mandi. Ada dua pintu kiri dan kanan. Budak-budak ni siap main nyorok-nyorok lagi dalam ni. Hati-hati takut terlupa kunci salah satu pintu.


penginapan selesa di Port Dickson, hotel port dickson, bercuti di port dickson
Kredit gambar yang ni pada homepage Avillion.  Gambar hampir keseluruhan bilik.  Ada sliding yang korang boleh tarik keliling katil, so bolehlah privacy sikit, tidur tanpa gangguan. 


Kat sini ada pelbagai aktiviti air yang korang boleh buat.  Aktiviti secara pakej juga disediakan.  Anak-anak akak ambil kesempatan juga bermain ping pong dan masuk gym.  Yang kecil-kecil macam biasa kalau stay hotel mesti kena ada kolam.  Saiz kolamnya juga agak besar dan ada bahagian untuk anak-anak kecil yang sememangnya pantang jumpa air.  Sambil teman dzakwan di kolam bolehlah layan view sekeliling.

penginapan selesa di Port Dickson, hotel port dickson, bercuti di port dickson
Pemandangan dari tepi kolam.  Puas budak-budak ni berendam. Akak tengok je la layan wasap.


Akak memang tak plan nak meronda di PD, singgah sini memang dengan tujuan nak bersantai.  Bab makan di PD ni kalau bukan musim perayaan, mungkin takde masalah.  Disebabkan kami singgah masa cuti raya, jadinya tak banyaklah kedai makan yang buka.  Adapun memang pack, kena keluar awal.  Hampir sejam jugaklah kami menunggu untuk makan malam.  Selesai makan malam, cepat-cepat balik hotel sebab en hubby dan abang irfan nak layan world cup, kami yang lain lepak santai kat bilik aje berehat.  Adik wan awal lagi dah tidur sebab nak simpan tenaga nak terjun kolam lagi esok pagi katanya.

Hidangan sarapan pagi tidak banyak pilihan tapi menarik jugalah, sesuai dengan perut Melayu akak sekeluarga. Agak pack juga ruang sarapan pagi, kami turun jam 8am pun dah penuh ruang makan tambahan pula pagi tu hujan jadi ruang makan di luar tidak boleh digunakan.  Kenalah beratur ambil nombor.  Disebabkan ramai, tak sempatlah akak nak ambil gambar masa breakfast tambah pula dengan kekanak yang dah tak sabar nak terjun kolam.

penginapan selesa di Port Dickson, hotel port dickson, bercuti di port dickson
Gambar kredit pada homepage Avillion.  

Kalau korang nak singgah bermalam sambil bersantai, bolehlah singgah kat sini.  Cukup masa check out, kami gerak pulak ke Puncak Alam rumah abang sebelum balik ke utara semula. Walaupun cuti singkat, yang penting semua seronok. Boleh repeat cuti cara begini lag nanti.

8 Comments

  1. wahh bestnyerrr..cantik bilik tu...besar..berbaloi sgt2 la dengan rega dia kan..blh la try usha2 pasni nak bawak Mak jenjalan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin ushar..kadang-kadang masa promosi memang boleh dpt harga yang tak dijangka.

      Delete
  2. SA orang Seremban pun x sampai lagi kat sini kak..hehehehe..murah tu kak semalam RM200...ingat kat sini mahal giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la masa sebelum booking ingat harga mahal jugak tp lebih kurang je dan mampu tinggal hehe

      Delete
  3. Replies
    1. pada yang suka view air, kapal, laut..memang sesuai sangat berehat kat sini

      Delete
  4. Nampak selesaaa sangat stay dekat sini :)

    ReplyDelete