Kebelakangan ini kerap terdengar tentang jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).  Di Pulau Pinang pun ada antara sekolah-sekolah yang ditutup disebabkan jangkitan penyakit ini.  Walaupun tempat akak masih terkawal, risau juga.  Anak-anak ke sekolah macam-macam yang mereka buat.  Biasanya penyakit ini tular di kalangan kanak-kanak yang berusia bawah 10 tahun di mana bermula dengan lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut. Biasanya mengambil masa yang lama antara 5-7 hari untuk sembuh tapi pastikan segera berjumpa doktor untuk menerima rawatan.

Kenali Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Info daripada MyHealth mengatakan HFMD adalah disebabkan oleh virus kumpulan enterovirus yang merebak daripada seorang individu kepada individu yang lain melalui kontak secara langsung iaitu melalui lelehan hingus, air liur, najid anda cecair ruam. Walaupun golongan yang biasa terkena jangkitan adalah kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak terkecuali untuk terkena HFMD ini. 

kesihatan anak, penyakit berjangkit, jaga kebersihan, myhealth


Ini antara yang merisaukan bila hantar anak ke taska atau bermain di taman permainan.  Anak-anak bila dah berkawan dan bermain kadangkala terlebih seronok  dan tanpa sedar boleh menyebabkan rebakan dan jangkitan penyakit.

Tanda dan Gejala HFMD


Sebagai ibu yang punyai anak yang berpotensi terdedah dengan jangkitan HFMD, kita kenalah tahu tanda-tanda anak-anak dijangkiti HFMD.  Antara tanda-tanda yang korang boleh nampak ialah :


  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan lepuhan kecil di tangan, pergelangan tangan, kai dan kawasan lampin.
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

kesihatan anak, penyakit berjangkit, jaga kebersihan, myhealth





Komplikasi


Jarang berlaku kes-kes yang serius tetapi sekiranya dibiarkan dan tidak ambil peduli ada berlaku kes kecil yang merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan HFMD


Tiada rawatan khusu bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala.  Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin juga tidak seharusnya digunakan pada kana-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus.  Air garam boleh digunakan bagi membilas mulut dan boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.  Sukatan yang boleh digunakan ialah 1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam.


kesihatan anak, penyakit berjangkit, jaga kebersihan, myhealth


Pencegahan HFMD


Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan

Pesanan kepada ibu bapa 


  • Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD
  • Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk.
  •  Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. 
  • Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. 
  • Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.


4 Comments

  1. ada dapat peringatan dari group whatsapp. parents kena alert ini ilmu dan langkah2 pencegahan. tapi dewasa pun kena hati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, yang ada anak-anak kecil kena hati-hati dengan penularan jangkitan hfmd ni

      Delete
  2. Moga dijauhkan la dari penyakit ni

    ReplyDelete