Kuih Vadai Buat Minum Petang

Tuesday, July 24, 2018

Bila hari cuti memang selalu terfikir nak buat tu...nak buat ni. Sambil berkemas mesti pi survey kat dapur apa bahan yang ada.  Kadang-kadang tak cukup bahan, kita olah bagi jadi jugak, tambah-tambah kalau memang teringin nak makan.

Sabtu lepas, masa pagi kemas dapur, basuh baju, ternampak stok kacang dhal yang dan lama terletak tak berusik.  Teringat kawan pernah share resepi kuih dhal atau vadai. Akak memang suka makan kuih yang berasaskan kekacang.  Dulu pernah buat tapi tak menjadi, kuihnya jadi berderai, lepas tu buat lagi kali ni jadi tak berapa garing. Lepas tu terus malas nak cuba. Hmm...cepat sangat putus asa kan!

Kali ni nak cuba lagi sebab tengokkan kejadian kuih vadai resepi kawan ni cantik pulak dan macam senang.  Alhamdulillah menjadi jugak mengikut citarasa kami.  En hubby memang suka yang garing-garing sikit, barulah kruk krak kruk krak masa kunyah.

Bahan-bahan Kuih Vadai

Kacang dhal - rendam dahulu semalaman tapi akak rendam 5 jam ja. Lepas tu kisar
1 biji bawang besar - hiris nipis
 2-3 tangkai cili kering - potongkan serong
daun kari
sedikit tepung gandum - untuk mengelakkan kuih berderai bila dikepal. Banyak mana korang nak guna, agak-agaklah kuih boleh dikepal
sedikit garam
minyak untuk menggoreng - panaskan dahulu


Ada yang tanya nak kena kisar halus ka? Campur-campur.  Akak guna pengisar tangan yang ni je.  Tentu ramai blogger yang ada pengisar ni kan.  Haa....memang akak suka guna bila nak dapatkan hasil kisaran yang tak halus dan tak kasar. Kalau tumbuk ngan lesung batu pun boleh.  Nak guna pengisar biasa pun boleh tapi korang kenalah pandai agak-agak halus kasar kacang dhal yang korang nak.


kuih minum petang, resepi kuih vadai, kuih vadai sedap, kekacang



Inilah hasilnya.  Akak buat tak besar, tak kecil dan tak tebal , tak nipis. Yang penting bila buat semua suka dan habis. Nanti boleh buat lagi, tak payah beli dah.

kuih minum petang, resepi kuih vadai, kuih vadai sedap, kekacang

Selamat mencuba !

You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. samalah zumal, akak pun suka kuih ni

      Delete
  2. Sedapnnyaaa! Nani suka sangat makan ni, tapi tak pernah try lagi buat sendiri. Heheh :)

    ReplyDelete
  3. sedap kuih ni... dulu pernah buat, jadi berderai jugak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, mula-mula berderai tapikan yang berderai-derai tulah yang jadi berebut-rebut makan.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook