Ahad baru ni lepas hantar anak-anak ke sekolah, akak dan hubby ambil peluang meronda kawasan.  Dah lama tak meronda kawasan berdua. Inilah untungnya bila hari kita cuti, anak-anak sekolah, tak perlu ambil extra cuti untuk spend masa berdua...chewahhhh...

Tak ke mana pun. Mula-mula singgah market Kulim dulu cari stok bahan mentah mana yang berkenan.  Biasanya spesis suka dok rumah masak-masak, stok kena sentiasa ada.  Sambil-sambil tu tengok-tengok gelagat peniaga berjualan. Tertarik dengan penjual buah-buahan terutama durian, manggis,rambutan dan bermacam lagi.  Musim durian sekarang ni dan kami memang antara peminat durian.  Hubby kata jom cari durian !

Pucuk dicita ulam mendatang, jom kita jalan-jalan kampung orang cari buah durian.  Tempat tuju kami ialah perkampungan di area Junjong.  Kalau di sini, durian Junjong adalah antara lokasi popular durian yang best.  Kalau nak pergi antara jam 9 pagi - 12 tengahari atau petang sikit.  Tunggu durian turun daripada kebun.  Kalau memang musimnya, dapatlah merasa durian yang memang betul-betul datangnya daripada Junjong sendiri.

buah durian sedap, musim buah, buah-buahan tempatan, buah murah


Ada durian kampung, durian kawin yang pelbagai nama.  Rezeki kami sebaik tiba di salah satu gerai jualan, ada taukeh durian baru turun daripada kebun.  Terus pilih beberapa biji.  Tak beli banyak pun. Suka tengok buah ni bila banyak.  Dapatlah beberapa biji yang memang best isinya. 

Selesai misi, on the way balik singgah makan dulu.  Dah lama juga tak dating berdua makan bersama.  Haaa....jadilah sepinggan nasi lemak dan roti tampal sambil berbual-bual kosong.  Catch up cerita-cerita yang tak perlu anak-anak dengar.  Yes ..its our time !

buah durian sedap, musim buah, buah-buahan tempatan, buah murah

buah durian sedap, musim buah, buah-buahan tempatan, buah murah


Inilah durian yang kami dapat daripada kampung orang tu.  Post akak di fb - jalan jalan kampung orang cari buah durian rupanya mendapat pelbagai tafsir daripada kawan-kawan. Tergelak sendiri dibuatnya.  Sampai rumah, jiran pula sedekah buah rambutan, buah manggis tu kami beli di market Kulim, sekilo RM5, dua kilo RM9.

buah durian sedap, musim buah, buah-buahan tempatan, buah murah

buah durian sedap, musim buah, buah-buahan tempatan, buah murah


Lepas ni musim buah apa lagi yer?

8 Comments

  1. Geram plak SA haa tengok durian tu semua..tapi kalau nak makan durian biar dengan perut kosong..jangan lepas makan nasik..nanti kurang menikmati..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok durian yang baru turun daripada kebun lagi geram dibuatnya.

      Delete
  2. Wahhh banyaknyaa rambutan tu kak. Sedapnya! Sini rambutan tak banyak lagi, durian dengan manggis ada lah. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni rambutan dah mula banyak...durian dah berkurang.

      Delete
  3. ya rabbi sedapnyaaaaa durian !!!!

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. durian sedap tapi tak boleh makan banyak....kalau ulang selalu okay..hehhe

      Delete