Idea Masakan Suamiku Mr Chef

Monday, July 23, 2018

Hari ni akak nak share gambar makanan. Jangan marah tau!

Seminggu lepas memang rajin masak. Hari-hari masuk dapur, hari-hari dah susun menu apa nak makan.  Memang kalau kita dah susun menu, kerja jadi mudah. Balik kerja dah tau nak masak apa. Sampai rumah, defrost apa yang patut, setengah jam sebelum magrib boleh dah kentang kentung kat dapur. Elok selesai, lepas solat dah boleh makan. Menu simple-simple je.  Satu hari satu mata lauk untuk yang dewasa, satu lagi untuk si dzakwan. Minggu lepas punya menu kebanyakannya idea daripada En hubby, akak masak. Ada juga yang en hubby masak, akak sebut menu.

Layan gambar ja la yer...

suamiku mr chef, asam pedas daging tetel, masakan kampung, masakan ringkas, idea menu ringkas

Ni lauk semalam.  Kari pekat udang dan kentang.  Sedap ratah je ni. Makan dengan nasi pun boleh. Tapi lagi sedap kalau makan dengan capati atau puree. Resepi? Sama je macam korang masak kari biasa cuma pekatkan kuahnya.  Kalau kat kedai mamak biasanya guna udang kecil-kecil dan kentang tu dimasak hampir hancur. Kami buat guna udang sederhana dan potong kentang kiub.

suamiku mr chef, asam pedas daging tetel, masakan kampung, masakan ringkas, idea menu ringkas

Sup kepala ikan jenahak.  Terasa macam nak makan sup, en hubby cadangkan buat sup ikan saja. Ronda-ronda pasar, ternampak kepala ikan ni, RM17 dengan 2 potongan isi.  Kepala tu besar tapak tangan akak ni juga la. Tak perlu resepilah....buat sup jer pun...

suamiku mr chef, asam pedas daging tetel, masakan kampung, masakan ringkas, idea menu ringkas

Asam pedas daging tetel dan tulang.  Ni memang favorite akak.  Dah lama teringin nak makan asam pedas daging.  Ada kawan yang tanya sempat ker nak rebus tulang tu semua lepas balik kerja.  Sempat dik, dan akak tak guna pressure cooker pun.  Caranya : lepas basuh semua korang rebus dahulu tulang dan daging tu dengan halia sebesar ibu jari yang dah di ketuk.  Lepas rencah yang lain siap, korang tumiskan cili sampai naik bau dan kemudiannya masukkan daging dan tulang yang dah direbus tadi bersama sedikit air rebusan dan tumisan tadi.  Biarkan aje, kalau boleh tutup periuk. Sambil tu korang boleh buat kerja-kerja lain.  Cukup sejam lebih kurang, tulang dan daging tu pasti empuk dan lembut.  Nak pekatkan lagi kuah asam pedas ni akak suka masukkan potongan terung.


suamiku mr chef, asam pedas daging tetel, masakan kampung, masakan ringkas, idea menu ringkas

Ini pula, popia ayam idea en hubby.  Resepi popia akak pernah share dalam blog ni, boleh cari yer. Cuma yang ni isinya adalah campuran karot, sengkuang, capsicum merah dan hirisan ayam. Ayam tu boleh gorengkan sekejap tanpa kunyit yer, untuk keluarkan air dalam isi ayam.

suamiku mr chef, asam pedas daging tetel, masakan kampung, masakan ringkas, idea menu ringkas

Siapa pernah makan cendawan ekoni?  Ala cendawan yang halus panjang-panjang tu.  Biasanya akak masak cendawan ni dalam sup, tapi sejak kebelakangan ni akak suka makan cendawan ekoni goreng.  Sedap tau, goreng garing.  Tapi sebelum tu, lerai-leraikan dan gaul dengan  tepung serbaguna bestari yang pedas-pedas sikit tu. Confirm korang akan repeat buat lagi.


suamiku mr chef, asam pedas daging tetel, masakan kampung, masakan ringkas, idea menu ringkas

Bila buat sup ikan tadi, lawan pulak dengan budu perah limau dengan petai bakar. Ni habuan en suami. Akak kutip hirisan limau tu jer. Akak suka makan nasi dengan hirisan limau tu. Sedap tau !

Minggu ni tak tahu tahap kerajinannya macamana. Tapi kalau korang dah biasa sediakan sendiri masakan untuk family, memang dah tak berapa rajin dah nak makan luar.  Korang yang mencari idea nak masak apa, harap entry ni boleh membantu!



You Might Also Like

6 comments

  1. masyaAllahhh. sedap belako ! eheheh

    ReplyDelete
  2. Sedapnya semua tu..especially udang kari tu..sup kelapa ikan..alahai..sedapnya..lama x layan sup kepala ikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la dah lama juga tak layan sup kepala ikan..tu yang jadi teringin nak buat.

      Delete
  3. Alahai tetiba rasa lapar la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi makan cepat...jangan dibiarkan perut kosong..

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook