Cuti Bajet Murah


Siapa yang  tak suka bercuti kan? Kalau boleh tiap-tiap bulan nak buat allocation untuk bercuti.  Biasanya yang menjadai halangan ialah kekangan kewangan. Kurang budget! Tapi kalau korang pandai ambil peluang, korang boleh jer dapat cuti budget murah.   Nak dapatkan cuti budget murah, kena rajin buat survey dan perbandingan serta perancangan.  

percutian murah, semua orang boleh bercuti, cuti-cuti hujung tahun


Tak lama lagi kan dah menghampiri hujung tahun.  Biasanya hujung tahun, memang ramai yang merancang untuk keluar berjalan-jalan bersama keluarga ataupun kawan-kawan.  Ada yang dah  buat perancangan awal, ada juga yang baru nak merancang.  Untuk yang baru nak merancang, masih belum terlewat, korang masih ada masa lagi untuk bercuti dengan bajet murah.

Tips Untuk Bercuti Bajet Murah


Akak share kat korang tips yang boleh korang gunakan.  Ada yang mengemail tips ni pada akak. Nampak menarik.  Mungkin berguna untuk korang.

Rancang Waktu - merancang waktu perjalanan adalah penting kalau korang nak bercuti-cuti tak kiralah jauh ataupun dekat.  Biasanya kalau ada cuti umum yang panjang atau cuti sekolah, memanglah masa yang `peak' orang berjalan.  Akak tak berapa suka tapi kadanngkala terpaksa sebab masa ini sahaja semua anak-anak ada bersama.  Kalau percutian korang dengan kawan-kawan, apa kata cuba gunakan pengangkutan awam. Ala-ala backpackers gitu! Anak-anak sekarang dah besar, akak rasa akak pun boleh cuba untuk bercuti menggunakan pengangkutan awam. 

Kira bajet - Bila dah merancang waktu perjalanan dan lama mana percutian korang, kena juga ambil kira jumlah kos yang akan dibelanjakan. Inilah yang paling penting. Berbelanja ikut kemampuan.  Biasanya tempat cuti-cuti akak lebih suka ke tempat yang tidak banyak tempat membeli belah jadi kurang sikit gangguan mata....haha

percutian murah, semua orang boleh bercuti, cuti-cuti hujung tahun


Hadkan aktiviti berbayar - bercuti mesti disulami dengan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga atau kawan-kawan.  Cuba cari aktiviti-aktiviti percuma. Contohnya kalau bercuti di tepi pantai, boleh bermain bola tampar, bina istana pasir. Kalau tinggal di hotel yang ada gym atau sukan seperti ping pong, karum, dart ..boleh je korang pergi main dengan anak-anak dan kawan-kawan.  Lagi seronok.  

Menyediakan makanan sendiri -  kalau bercuti dalam jumlah ahli yang besar adalah lebih baik kalau kita boleh memasak sendiri.  Bawa rice cooker yang kecil pun dah mencukupi.  Selain boleh masak nasi, boleh juga guna untuk masak yang simple-simple seperti kuah sup, kuah spegheti malah nak kukus pau segera pun boleh guna periuk nasi. Sarapan pagi pun boleh je sediakan sandwich dan roti bakar.  Jimat banyak ni kalau boleh sediakan sendiri makanan.  

percutian murah, semua orang boleh bercuti, cuti-cuti hujung tahun


Pergi berkumpulan - berjalan cara berkumpulan lebih menyeronokkan.  Tapi biarlah ahli kumpulan sama-sama kepala dengan kita, kalau tak yang mudah akan jadi sukar.

Pakej bercuti - rajin-rajinlah lawati laman-laman sesawang yang menawarkan pakej bercuti.  Ada pelbagai tawaran yang disediakan.  

Harap-harap dengan tips ni bolehlah korang merancang percutian bajet murah.  Akak pun tengah mencari dan merancanga percutian keluarga.  Tengok-tengok dulu apa pakej yang menarik yang sesuai untuk kami.  Sekarang ni nak kumpulkan anak-anak sekali agak susah sebab cuti dah tak sama.  Kena tunggu masa yang sesuai sementara tu mak dia intai-intai dulu mana yang best!

percutian murah, semua orang boleh bercuti, cuti-cuti hujung tahun


Jom bercuti !!


*sumber gambar google



9 Comments

  1. terbaek tips ni :) singgah sini sambil klik iklan google :)

    Jemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
    1. 20% Discount La'Beyla di Shopee
    2. Firul Collections
    3. Indok Chanteq Kuching

    Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
    1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ


    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah sini..nanti saya ke sana yer

      Delete
  2. terima kasih tips ni :) Kak laili kalau bercuti asik nak cari tempat makan sedap je. bila balik rumah tengok penimbang dah tak heran kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena juga cari masakan tempatan yang menarik bila ke sesuatu tempat percutian tu.

      Delete
  3. tq tips ne kak :) kbetulan tgh plan nak g travel. heee

    ReplyDelete
  4. isteri saya kadang-kadang akan menyediakan bekalan sewaktu kami pergi 'out station' atau bercuti. Kami buka bekalan kami di R&R. Makan kat situ sambil lihat gelagat orang ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, saya pun kadang-kadang akan sediakan bekalan sebelum bertolak ke mana2 ...mudah sebelum dapat cari lokasi makan yang sesuai.

      Delete