Setiap hari adalah peluang untuk kita teroka dan dapat ilmu baru.  Tak kiralah ilmu di rumah, tempat kerja ataupun tambahan ilmu pada hobi dan minat kita.  Samada kita sedar atau tidak, hobi dan minat yang kita ada kadangkala boleh ditukarkan kepada sumber pendapatan tambahan untuk diri sendiri.

Cara Mudah Tambah Income Online


Menulis Blog


Berblogging ni antara minat yang akak dah terokai sejak beberapa tahun yang lalu.  Dari kosong sampailah sekarang ni alhamdulillah adalah jugak yang masyuk.  Bila menulis dan tulisan kita dibaca, bagai satu rasa kepuasan atas apa yang kita buat. Betul tak?  Caranya, korang boleh letak iklan-iklan melalui adsense dan nuffnang. Selain itu boleh juga buat review produk berbayar  dan juga menewa tapak iklan diblog.  Yang penting korang kena rajin update blog supaya UV/PV korang meningkat.  Cara akak, kalau tak sempat update blog, yelah kadang-kadang ketandusan idea nak menulis, akak akan buat blogwalking ajer.  Kita rajin singgah bw, nanti adalah yang rajin singgah blog kita jugak.


jana income tambahan, online money, personal shopper, cara mudah tambah income
gambar google


Instagram

Trend sekarang, ramai yang nak jadi instafamous terutama anak-anak remaja, artis dan tak ketinggalan juga yang aktif di media social.  Di instagram pun korang boleh buat duit tau. Masih belum cukup ilmu untuk instagram ni tapi yang penting kena pastikan insta aktif dan follower ramai. Bila dah banyak bolehlah cuba letak iklan pula, manalah tahu ada rezeki kat situ pulak.

 Menjadi Dropship

Kalau korang seorang yang rajin dan suka berniaga tapi takde modal, korang boleh cuba berjinak-jinak dahulu sebagai agen dropship.  Biasanya sebagai dropship korang tak perlu keluarkan modal yang banyak atau ada pembekal yang lantik dropship tanpa modal.  Korang hanya perlu promote produk atau perkhidmatan pembekal dan sekiranya ada yang berminat, korang setkan pembelian dengan pembekal.  Jadi dropship ni tak sakit kepala sebab korang tak pegang produk.  Ada pembelian adalah komisyennya.  Tapi kena rajin.

Personal shopper

Tahu tak apa itu Personal Shopper (PS) ?  PS ialah orang yang membelikan barang untuk mereka yang jauh dan tidak dapat membeli sendiri disebabkan oleh faktor lokasi, transport dan masa. Jadi PS lah yang akan membantu mereka ini bershopping.   Jangan tak tau, ada kawan-kawan akak yang hanya buat PS sahaja tapi income lebih daripada akak sendiri.  Kerja pula ikut masa sendiri, rajin online dapatlah beli barang yang pelanggan nak dengan harga yang menarik.


jana income tambahan, online money, personal shopper, cara mudah tambah income
gambar google


Jual Produk secara Online

Pada yang ada modal lebih, bolehlah simpan stok barang dan buat promosi di media-media social. Tak perlu dah strategi nak buat perjumpaan, nak brief pasal produk, sekarang ni terus post dekat media social. Pada yang berminat dan nak tanya lanjut boleh terus contact.  Ada yang advance sikit, boleh buat fb ads dan macam-macam lagi. Semuanya dihujung jari.  Dengan cara ni, bukan sahaja barangan dekat kita sahaja boleh dipasarkan malah ada yang jauh pun boleh dijual.  Perkembangan jualan secara online membantu meningkatkan income suri-suri rumah yang rajin berbusiness. Bukan itu sahaja, syarikat kurier pun dah ada bermacam-macam sekarang ni untuk penjual pilih.

Pembelajaran Secara Online

Kalau korang ada kemahiran tertentu dan nak kembangkan, korang boleh buat tuisyen atau kelas-kelas secara online. Satu ketika dulu akak pernah buat kelas jahit manik secara online. Lebih kepada sharing cara jahitan yang simple. Kalau betul-betul focus memang kita boleh dapat income tambahan yang berbaloi. Ramai yang buat kelas-kelas mudah seperti cara memasak, buat biskut dan kek, buat roti dan pelbagai lagi.  Tak kurang juga yang menjual kertas-kertas soalan peperiksaan tertentu dan dijual secara softcopy.  Banyak sebenarnya sumber kalau betul-betul berminat dan focus.

Berkongsi Kempen Produk dan Perkhidmatan

Berkongsi kempen produk dan perkhidmatan  adalah cara yang paling senang nak buat duit tapi dengan syarat media social korang kena  ada jumlah followers yang di tetapkan oleh pihak tersebut. Biasanya minimum 1000 followers. Antaranya ialah melalui Komaci, Sushivid, Hypr dan lain-lain lagi.  Ada yang bayar dalam bentuk wang, ada yang kumpul mata dan tebus dalam bentuk kupon beli belah.  Yang penting kena selalu jengok website tersebut dan kenalah rajin-rajin share dalam media social korang.  Bukannya susahpun, cara macamana nak  buat mereka akan maklumkan.

jana income tambahan, online money, personal shopper, cara mudah tambah income
gamabr google


Semua ni kalau korang buat betul-betul memang berbaloi.  Semoga perkongsian ini dapat membantu korang.


8 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian akak, berguna sangat ni...

    ReplyDelete
  2. setakat ni buat blog dengan affiliate je, yang lain tak try lagi

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. Berbaloi sangat. Saya bekerja tetap tapi buat oart time menulis dan berblog. Dapat la sikit sebanyak duit tepi hasil jualan ebook dan konsultasi. Teringin bak buat seara full time tapi sayang pula kerja yang dah bergaji selesa ni. Apa-apa pun, selagi boleh 'cover' saya cover. Bia dah tak 'tercover', time tu baru fikir nak lepas yang mana satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...samalah selagi boleh cover kita cover mana yang mampu.

      Delete
  4. mcm2 cara utk buat duit kan, kita ni je rajin atau tak..huhu..

    ReplyDelete