Buah Cempedak Di Luar Pagar

Monday, July 02, 2018

Dulu-dulu suka sangat dengan pantun buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.  Kalau nak cari ilmu baru je mesti gunakan pantun ni sambil buat muka kesian sikit minta ajarkan. 

En hubby adalah penggemar buah cempedak goreng. Pantang sampai musim buah cempedak, mesti berkali-kali en hubby akan beli.  Biasanya memang habis digoreng saja.  Kalau dulu rajin juga akak rebuskan bijinya tapi sekarang ni dah tak berapa rajin.  Biasanya bila goreng, akak gorengkan sekali dengan bijinya jadi bila dah goreng, bijinya pun empuk dan boleh makan sekali.

buah cempedak, buah-buahan tempatan, cempedak goreng



Buah cempedak ni en hubby beli dari kawannya.  Sebelum ni kalau nak makan cempedak, balik kampung saja tapi semenjak tiada siapa yang tinggal di kampung, pokok pun tak berjaga dan buahnya pun dah berapa elok. Besar sungguh buah ni, harap-harap isi pun padat.

Simpan berbalut sehari, esoknya dah sedang elok untuk dimakan.  En hubby hantar gambar ni ja kat group family.  Akak yang masa ni berada di ofis, telan air liur je lah tengok adik wan pegang isi buah cempedak ni.  Alhamdulillah padat isinya dan buahnya elok. 

buah cempedak, buah-buahan tempatan, cempedak goreng

buah cempedak, buah-buahan tempatan, cempedak goreng


Balik ofis, inilah hasilnya.  Sepinggan penuh cempedak goreng dengan air kopi jadi hidngan kami petang itu.  Eh! oleh kerana isi cempedak ni banyak, dapatlah beberapa kali akak gorengkan dan siap bekalkan pada irfan bawa balik untuk rakan-rakan kolej.  Bolehlah layan sambil-sambil study.

buah cempedak, buah-buahan tempatan, cempedak goreng


Hmm...lepas ni nak datang musim buah apa pula yer?

You Might Also Like

11 comments

  1. cempedak goreng memang sedap!

    ReplyDelete
  2. Sedap.. cempedak jugak feveret saya. Goreng dan makan panas2.. sedap.. ;)

    ReplyDelete
  3. elok membesar buah dalam sarungnya...berpetak2 warna kat kulit tu..ohh!rindu cempedak di kg belum masak lagi :)

    ReplyDelete
  4. bestnya buah2 dia besar..
    sedap digoreng.
    wangi

    ReplyDelete
  5. Kalau duduk kampung macam macam buah boleh rasa termasuk buah cempadak

    ReplyDelete
  6. Bau aroma cempedak goreng sampai kesini. . Sedapnya

    ReplyDelete
  7. Banyak isinyaa kak Azi. Nani hari tu beli buah halus sangat, bila goreng tak berapa manis rasa dia.

    ReplyDelete
  8. Besar dan penuh isi cempedak tu.. sedap goreng makan petang2 dgn secawan teh panas.. syok!

    ReplyDelete
  9. Zumal suka cempedak tapi bila dah makan, sure sesak nafas...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook