Bercuti daripada Jumaat lepas sehingga Isnin beri peluang akak rehatkan diri lebih sikit.  Tambahan dengan cuaca yang tak menentu, kadang panas, hujan, mendung.  Memandangkan anak-anak pun secara kebetulan ada dirumah semua, maka rancaklah buat plan macam-macam.

Jom kita perbaiki gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat dan aktif.  Selain daripada jaga pemakanan, jom mulakan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Aktiviti yang jarang dah akak buat, kena mulakan semulalah nampaknya.  

hidup sihat, gaya hidup sihat, senaman mudah, jaga kesihatan

Pencapaian hari kedua ni, pusing taman perumahan je.  En hubby suruh jogging tapi akak tak suka sangat berlari, lebih senang berjalan tapi bukan jalan santai-santai yer, jalan sampai keluar peluh. Bila dah mula semula rasa seronok pulak.  Kena istiqomah ni jadikan rutin.  Tak lama pun 40minit sehari.

Jom sihat !


4 Comments

  1. Monitor ni pakai gatget apa yea macam berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari je dlm google playstore atau apps store macam-macam apps boleh guna. Yang saya guna ni Pacer.

      Delete
  2. Syoknya kak dah mula. Sha asyiklah azam dalam diri kata nak mula jogging / berjalan balik. Tapi asyiklah tak buat. Adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah mula nak kena istiqomah supaya berterusan. weekend baru ni dah skip sehari... hahha

      Delete