Apa Perbezaan Practice dan Practise

Tuesday, July 24, 2018

Belajar bahasa kita hari ni.  Ibu ni biasanya akan bertindak juga sebagai guru di rumah.  Bila dah ala-ala cikgu, kena la ambil tahu dan faham tentang banyak perkara. Antaranya penggunaan perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Ada satu hari tu kakak tanya apa beza penggunaan perkataan PRACTISE dengan PRACTICE. Sebutannya sama tapi penggunaannya berbeza.  Hmmmmm....

belajar bahasa, better English, perbaiki bahasa


Okay tak per...kita cari info yang paling mudah untuk fahamkan pada anak-anak supaya mereka boleh gunakan perkataan tersebut dengan cara dan masa yang betul. Maka bertanyalah si ibu ni pada kawan-kawan yang bergelar guru bahasa inggeris dan cuba dapatkan info yang paling mudah dan paling senang untuk difahami.

Ada yang sedia maklum tentang penggunaan English US dan English UK.


US use PRACTICE for both noun and verb

UK use PRACTICE for noun and PRACTISE for verb 
Nak bagi mudah bezakan penggunaan dua perkataan ini, korang faham dan ingatkan macam ni je :


PRACTICE = NOUN
PRACTISE = VERB
Senangkan ! Bila noun terus guna PRACTICE, bila verb terus guna PRACTISE

Contoh ayat supaya korang lebih faham lagi :


  • PRACTICE
  1.  You need more practice.
Dalam contoh kat atas ni, PRACTICE digunakan sebab ia adalah NOUN. 

     2. Practice makes perfect.

Dalam contoh kedua ni pun PRATICE digunakan sebab dia NOUN.



  • PRACTISE
  1. You should practise more.
PRACTISE di sini adalah verb.

     2. You better practise your handwriting.

Nak bagi korang mudah ingat lagi, kenalah kreatif sikit. 

 PRACTISE ----- IS which 'is' is a verb.


             PRACTICE -------- ICE which 'ice' is a noun. 

belajar bahasa, better English, perbaiki bahasa



Mudahkan.  Barulah boleh guna dengan cara yang betul.  Ada banyak lagi perkataan Bahasa Inggeris yang kadangkala mengelirukan di mana kita nak guna.  Takper nanti akak cuba bantu. Nanti kita belajar lagi yer ..................


You Might Also Like

6 comments

  1. thank you , dapat saya tambah knowledge baru :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas penerangan Kak Azi...

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah.. ilmu kena share kan..keep it up dear.. seronok bagi sesiapa yg tak tau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak yan. Sambil memperbetulkan kesilapan sendiri, kita sharelah, moga sama-sama dapat manfaatnya.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook