Tumbang juga hero kecil akak ni.  Semalam dari pagi batuk tak berhenti tapi masih nak berpuasa.  Sibuk ajak ayah ke kedai gunting rambut nak bagi pendek katanya macam rambut abang.  Terlanjur ayah pun nak potong rambut, jalan sekalilah. Semalam tak mau ikut ibu bawa kakak cari barang di mall, tak larat katanya.

Petang lepas asar, dah tak betah bertahan, ayah suruh juga dia berbuka.  Baru nampak segar sedikit. Mujur ibu dah siap masakkan juadah berbuka, cepat-cepat suapkan dik wan makan. Lepas makan rehat kejap dan suruh mandi bagi sejuk badan. Walaupun badan rasa suam-suam tapi batuknya yang bertalu-talu tu yang menyebabkan badan tak larat.

Masa yang lain-lain berbuka puasa, adik wan pun makan sekali.  Lepas tu suruh rehat dulu sementara ibu ayah selesai solat dan bersiap-siap bawa ke klinik.  Hasilnya....kenalah ambil neb memandangkan pernafasan dik wan dah ada bunyi, tanda-tanda awal nak semput tu.  Dah perasan daripada lepas berbuka lagi bila tengok corak pernafasan dia dah lain.  Dah lama tak kena macamni, bertahun jugaklah.  Mungkin cuaca yang agak panas beberapa hari kebelakangan ni, kurang minum air antara faktor menyumbang.

anak berpuasa, ajar anak berpuasa, ramadhan


Lepas ambil seround neb, baru nampak sihat. Balik makan ubat dan suruh dik wan tidor aje.  Hari ni cuti puasa dulu. Biarlah dik wan rehat. Mujur dah cuti sekolah, ramai boleh tolong tengok dik wan kat rumah.

Terlanjur ke klinik semalam, akak dah minta siap-siap bekalan ubat demam, batuk, selsema dan dah siap-siap asingkan parecetamol, ubat gastrik/ angin , ubat sakit kepala dan beberapa ubatan lain untuk yang dewasa.  Penting semua ni memandangkan tak beberapa hari lagi nak bercuti panjang. Musim perayaan kadang-kadang kita terlepas pandang bab-bab makan, maklumlah sesekali jumpa saudara mara dan sahabat handai, leka berbual sambil mengisi perut.  

Korang pun terutama yang ada anak-anak kecil, kenalah standby dengan ubatan sesuai. 
Doakan dik wan cepat sembuh yer.

Ada yang dah mula bercuti ka? Selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya.

4 Comments

  1. kuat betul semangat dia nak berpuasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bocor 2 hari untuk tahun pertama berpuasa...alhamdulillah

      Delete
  2. alahai xpe dik.. bagus sangat dah tu pencapaian tapi kesihatan lagi penting kena jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tak paksa pun tapi dia sendiri nak ikut sama berpuasa

      Delete