Resepi Sotong Masak Kicap

Friday, June 29, 2018

Semenjak mula kerja lepas cuti yang panjang, akak dah mula berpuasa.  Sementara ada kesempatan baik selesaikan.  Awalnya berpuasa dengan kakak tapi sempat beberapa hari je, lepas tu sorang-sorang je. Alhamdulillah en hubby pun banyak membantu.  Stok bahan mentah sentiasa ada untuk memudahkan akak menyediakan juadah berbuka.

Bila dah tinggal berempat je kat rumah, masak pun simple-simple aje, satu atau dua lauk aje. Semalam masak sotong masak kicap.  Nampak mudah tapi taklah susah.  Bila sebut masak kicap, masing-masing ada versi atau cara masing-masing.  Ada yang curahkan saja kicap dan ada yang tambah lain-lain bahan. Kalau korang nak cuba cara akak pun boleh, mudah je.

menu mudah hujung minggu, masak sotong, menu keluarga



Sotong - potong 2 atau 3
bawang merah dan putih kisar untuk menumis
sebatang serai
sedikit halba campur
setengah sudu cili kisar
bawang besar potong buat
cili merah potong-potong
cili padi beberapa batang
garam, gula untuk perasa
kicap makan
kentang - hiris nipis
minyak untuk menumis

* bahan ni ikutlah banyak mana sotong korang nak guna, kalau banyak lebihkanlah bahan-bahan lain juga. Untuk resepi di atas, akak guna sotong sederhana besar (panjang tapak tangan) 5 ekor.


Mula-mula korang tumiskan bawang merah dan putih yang dah kisar. Masukkan juga sebatang serai.  Jangan lupa taburkan sedikit halba campur. Masukkan juga setengah sudu cili kisar. Bagi naik bau wanginya.  Lepas tu masukkan kentang yang dah hiris tadi.  Agak-agak kentang dah empuk, masukkan kicap makan.  Tak perlu masukkan air sebab nanti sotong akan mengeluarkan airnya.  Masukkan sotong, bawang besar potong bulat, cili merah dan cili padi.  Jangan lupa masukkan gula dan garam dan rasalah masin manisnya. Ikut selera korang.  Masak sotong tak perlu lama-lama nanti dia mengecut.

Dah siap bolehlah korang hidangkan dengan nasi panas.  Dengan lauk ni saja pun cukup dah. Akak masak lebih semalam, ada lebih pagi tadi, akak campurkan dengan nasi goreng.  Dah jadi nasi goreng sotong kicap..selesai jugak menu sarapan pagi.

Mudahkan ! Yang penting jangan membazir.

Happy week end korang semua !

You Might Also Like

7 comments

  1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Azi. Haaa....tau dah kak laili nak masak apa petang ni hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya resepi ni, nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  3. sotong memang fevret. buatla macam mana pun fevret jugak. dap ni kak..

    ReplyDelete
  4. sedapnya... makan panas2. pergghhhh

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... Nk makan sotong xbole lagi.. Kena hbis pantang dulu

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook