Pecah Rekod Puasa Tahun Ini
Last entry pasal puasa yang akak tak up lagi. Lepas ni boleh buka cerita raya pulak. Pecah rekod tahun ni, sekali saja berbuka puasa di luar. Selebihnya semua kat rumah, homecooking lagi. Jimat sikitlah tahun ni sebab nak cuti raya lama.
Hari kedua akhir sebelum raya dan sebelum balik kampung, en hubby ajak berbuka di Akar Lima, antara lokasi yang mudah bagi kami. Asalnya kami sekeluarga sahaja, tak sangka pula rezeki MIL join sekali. MIL sampai pun unplanned jadinya kami pun bertukar plan jugaklah. Mujur boleh tambah satu hidangan lagi.
Kalau korang nak tahu tentang Akar Lima ni, boleh je search kat google, akak pun dah beberapa kali up cerita tentang Akar Lima ni. Kalau nak cuba western, boleh datang sini. Kat Kulim yer! Menariknya di sini, laman luarnya dah berubah dengan tambahan meja-meja makan. Terasa seperti makan di taman pula. Kalau korang nak book untuk wedding atau apa-apa event keluarga pun, tempat ni memang menarik.
Sesampai kat sini, dah nampak dah nama akak atas meja. Memang kena booking dulu sebab tempat terhad. Booking dulu juga memudahkan penyediaan makanan jadi korang tak payah lah tunggu lama sangat. Tapi hari kami datang tu, agak lambat jugalah mungkin sebab ramai yang datang atau kekurangan staff. En hubby pun dah mula kurangkan rating..hehehe....
Sharing gambar kat sini. Akak suka suasananya. Kalau jadikan tempat fotoshoot pun cantik ni!
Akar Lima - rumah biasa atas tanah lot. Agak besar rumahnya. Boleh booking sebagai homestay juga.
Pandangan daripada sisi halaman rumah. Hiasan yang sesuai dengan persekitaran rumah ini menjadikan suasananya damai.
Abang irfan baru balik dari kolej petang tu. Sempat singgah rumah sekejap aje lepas tu terus ikut ibu beli barangan pesanan nenek. Muka letih lepas minggu orentasi. Booking meja untuk 6 orang. Halaman agak luas, boleh parking hampir 6-7 buah kereta kalau pandai susun elok-elok.
Menunggu dengan sabar. Kat sini menu western.
Hari akak pergi ni meja semua full house. Agak lambat lah food sampai. So kena tunggu semua ada baru boleh makan. Bulan puasa, free kurma, dessert dan air free flow.
Selesai cerita bulan puasa, gambar sikit punye banyak ni untuk raya pula.
14 Comments
cantiknya restoran dia, nanti kalau ke kulim boleh menyinggah ke Akar Lima ni
ReplyDeletememang cantik. Sesekali nakkan kelainan boleh ke sini.
Deletenama je org kulim, timm tak sempat try lagi sini, hehe..
ReplyDeletedekat dah dengan rumah cik tim ni...pi lah cuba..hehe
DeleteSalam ceria Aidilfitri. Maaf zahir dan batin :)
ReplyDeleteSalam aidil fitri juga
DeleteSeronok berbuka dlam suasana begini. Di area Ipoh dah tak jumpa dah restoran berkonsepkan begini. Dulu ada restoran Sabar Menanti, sebelah Stadium Ipoh buat konsep macam ni, tapi sekarang dah pindah.
ReplyDeleteSaya pun tahun ni cuma 4 kali je berbuka di luar dengan famili. Itu pun setiap hujung minggu. Selebihnya di surau atau di rumah. Tambahan pula minggu ke dua puasa hingga menjelang raya, cuaca panas semacam. malas nak keluar berbuka jauh-jauh.
Alhamdulillah...sesekali bolehlah bawah family makan-makan kat luar. Makan di rumah lebih selesa rasanya, boleh sembang-sembang lebih lama.
Deletedah few times rancang nak makan sini tapi tak sampai2 ahaha belum rezeki..
ReplyDeletein sha Allah one day mesti singgah tau
Deletewahh mesti tenang je kan makan dekat sini. :D
ReplyDeletesangat mendamaikan...hehhe
Deletenice place.
ReplyDeletenyaman aje nampak nyer :)
yup..memang tempat menarik dan damai ja...
Delete