Last entry pasal puasa yang akak tak up lagi.  Lepas ni boleh buka cerita raya pulak.  Pecah rekod tahun ni, sekali saja berbuka puasa di luar.  Selebihnya semua kat rumah, homecooking lagi.  Jimat sikitlah tahun ni sebab nak cuti raya lama.

Hari kedua akhir sebelum raya dan sebelum balik kampung, en hubby ajak berbuka di Akar Lima, antara lokasi yang mudah bagi kami.  Asalnya kami sekeluarga sahaja, tak sangka pula rezeki MIL join sekali.  MIL sampai pun unplanned jadinya kami pun bertukar plan jugaklah. Mujur boleh tambah satu hidangan lagi. 

Kalau korang nak tahu tentang Akar Lima ni, boleh je search kat google, akak pun dah beberapa kali up cerita tentang Akar Lima ni.  Kalau nak cuba western, boleh datang sini.  Kat Kulim yer!  Menariknya di sini,  laman luarnya dah berubah dengan tambahan meja-meja makan.  Terasa seperti makan di taman pula.  Kalau korang nak book untuk wedding atau apa-apa event keluarga pun, tempat ni memang menarik.

Sesampai kat sini, dah nampak dah nama akak atas meja. Memang kena booking dulu sebab tempat terhad.  Booking dulu juga memudahkan penyediaan makanan jadi korang tak payah lah tunggu lama sangat.  Tapi hari kami datang tu, agak lambat jugalah mungkin sebab ramai yang datang atau kekurangan staff.  En hubby pun dah mula kurangkan rating..hehehe....

Sharing gambar kat sini. Akak suka suasananya.  Kalau jadikan tempat fotoshoot pun cantik ni!

western food, kedai western menarik di kulim, homestay menarik

Akar Lima - rumah biasa atas tanah lot. Agak besar rumahnya. Boleh booking sebagai homestay juga.

western food, kedai western menarik di kulim, homestay menarik

Pandangan daripada sisi halaman rumah.  Hiasan yang sesuai dengan persekitaran rumah ini menjadikan suasananya damai.

western food, kedai western menarik di kulim, homestay menarik

Abang irfan baru balik dari kolej petang tu. Sempat singgah rumah sekejap aje lepas tu terus ikut ibu beli barangan pesanan nenek. Muka letih lepas minggu orentasi.  Booking meja untuk 6 orang.  Halaman agak luas, boleh parking hampir 6-7 buah kereta kalau pandai susun elok-elok.

western food, kedai western menarik di kulim, homestay menarik

Menunggu dengan sabar. Kat sini menu western.

western food, kedai western menarik di kulim, homestay menarik

Hari akak pergi ni meja semua full house.  Agak lambat lah food sampai. So kena tunggu semua ada baru boleh makan.  Bulan puasa, free kurma, dessert dan air free flow.

Selesai cerita bulan puasa, gambar sikit punye banyak ni untuk raya pula.



14 Comments

  1. cantiknya restoran dia, nanti kalau ke kulim boleh menyinggah ke Akar Lima ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. Sesekali nakkan kelainan boleh ke sini.

      Delete
  2. nama je org kulim, timm tak sempat try lagi sini, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dah dengan rumah cik tim ni...pi lah cuba..hehe

      Delete
  3. Salam ceria Aidilfitri. Maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  4. Seronok berbuka dlam suasana begini. Di area Ipoh dah tak jumpa dah restoran berkonsepkan begini. Dulu ada restoran Sabar Menanti, sebelah Stadium Ipoh buat konsep macam ni, tapi sekarang dah pindah.
    Saya pun tahun ni cuma 4 kali je berbuka di luar dengan famili. Itu pun setiap hujung minggu. Selebihnya di surau atau di rumah. Tambahan pula minggu ke dua puasa hingga menjelang raya, cuaca panas semacam. malas nak keluar berbuka jauh-jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sesekali bolehlah bawah family makan-makan kat luar. Makan di rumah lebih selesa rasanya, boleh sembang-sembang lebih lama.

      Delete
  5. dah few times rancang nak makan sini tapi tak sampai2 ahaha belum rezeki..

    ReplyDelete
  6. wahh mesti tenang je kan makan dekat sini. :D

    ReplyDelete
  7. nice place.
    nyaman aje nampak nyer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang tempat menarik dan damai ja...

      Delete