MicroSleep Bahaya Yang Boleh Anda Elakkan

Monday, June 11, 2018

Terbaca tentang kemalangan yang meragut nyawa akibat daripada pemandu dikatakan terlelap seketika akibat keletihan sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kenderaan daripada arah tersebut.  Melibatkan video pendek yang dikongsikan oleh rakan-rakan, terus akak jadi takut pula.  Tambah-tambah musim cuti perayaan ni memang akan tempuh perjalanan yang agak jauh.

MicroSleep Membahayakan Anda


Korang tau tak apa itu microsleep?  Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

microsleep, bahaya microsleep, rehat yang cukup, tips sebelum memulakan perjalanan
gambar google


Pernahkah korang mengalami keadaan di mana semasa korang sedang memandu, korang terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila korang tersedar, korang sudah begitu rapat dengan kereta di depan ,  dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Sepanjang akak memandu balik ke selatan, pernah juga mengalami situasi begini. Mujur cepat tersedar.  Masa tu tak tahu nak kata apa dah yang teringat nak cari tempat berhenti sahaja.   

8 Langkah Yang Boleh Dicuba Sebelum Memulakan Perjalanan


Memang tidak dapat dinafikan, kita teruja untuk pulang ke kampung tambah-tambah kalau memang dah lama tak balik macam kami ni.  Kalau dulu memang en hubby memandu sendirian samada perjalanan pergi atau balik. Tapi bila dah memasuki 40an ni, kami biasanya bergilir-gilir memandu.  Tak kira perjalanan jauh ataupun dekat.  Apa yang boleh akak share cara kami ketika memandu terutama perjalanan jauh:

1.  Sebelum memulakan perjalanan, kenalpasti keupayaan masing-masing untuk memandu.  Kalau en hubby rasa perlu rehat, akak akan memandu dahulu.  Begitulah sebaliknya. Sekurang-kurangnya masing-masing ada masa untuk bertenang dan merehatkan diri.

2. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.  Sekurang-kurangnya selepas 2 jam memandu, berhentilah  berehat. Kalau nak teruskan perjalanan, pastikan anda bertukar pemandu.

3. Dapatkan tidur yang cukup antara 6-8 jam sebelum memulakan pemanduan.  Sedia maklum pada hari raya dah tentu kita masing-masing penat dan kurang tidur.  Akak sendiri memang sehari dua sebelum raya memang macam-macam nak kena buat.  Persiapan anak-anak, rumah sendiri, bantu en hubby memasak di rumah mil, kemas rumah memang tak menang tangan.  Akak pula kebiasaannya memang akan ambil cuti selepas raya sebab nak berlama sedikit di kampung sendiri jadi sebelum raya tu memang sibuk juga dengan kerja-kerja pejabat. Untuk itu memang kami pastikan sekurang-kurangnya salah seorang daripada kami dapat rehat yang cukup sebelum memandu.

4. Sediakan tuala basah dalam kereta.  Bila rasa mata letih dan belum nampak tempat yang boleh berhenti untuk berehat, gunakan tuala basah tu lekapkan di mata dan muka untuk rasa segar sedikit.  Kalau dapat air yang sejuk lagi best!

5. Sediakan kudapan dalam kereta.  Ni memang kerja akak biasanya.  Sebelum bergerak pulak, akak akan sediakan bekas-bekas kecil yang menyimpan kacang, gula-gula atau pun asam.  Boleh mengunyah bila rasa letih.  Co pilot pun kadang-kadang bukan boleh diajak berbual.  Biasanya dah lena lepas beberapa minit masuk kereta. Termasuklah anak-anak.  Memang menunggu saja masa perjalanan bermula, tau-tau dah lena.

6.  Pasangkan radio dengan muzik yang korang minat.  Kadang-kadang akak pasang cerita-cerita lawak di handphone.  Tak tengok pun cuma tinggikan volume untuk mendengar.  Boleh juga membantu.  Tapi kalau en hubby yang memandu, dia lebih suka memasang muzik yang disukainya sambil menyanyi dia menghilangkan sunyi.

7.  Bila memandu di lebuhraya, sebaiknya bila dah menghampiri kawasan rehat, berhentilah sekejap. Keluar daripada kenderaan, luruskan kaki, basuh muka, ambil sedikit minuman panas sebelum memulakan kembali perjalanan.

 
Harap cara akak dan en hubby boleh membantu korang yang nak mulakan perjalanan jauh.  Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.  

Ingat sentiasa orang yang disayangi yer!


You Might Also Like

6 comments

  1. memang bahaya. pernah terkena.

    ReplyDelete
  2. Kawan saya pun pernah juga terbabas sebba microsleep ni.

    Even saya pun beberapa kali tertidur masa drive waktu lepas oncall

    ReplyDelete
  3. Itu semua biasa saya buat untuk elakkan mengantuk tapi pernah juga hampir tercium lori dekat sebelah sebab tak tahan mengantuk.. Syukur sempat sedar.

    ReplyDelete
  4. pernah jugak kena macamtu. Kadang tu dah buat semua tips tapi terlelap jugak

    ReplyDelete
  5. get enough sleep and rest paling penting..

    ReplyDelete
  6. microsleep time solat pun bahaya juga kak azi ek. lupa terus dah berapa rakaat haha

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook