Tak habis lagi cerita pasal raya. Tahun ni tak dapat banyak sangat jemputan rumah terbuka. Ofis pun tak buat juga memandangkan keadaan kewangan yang tidak berapa bagus.  Oleh kerana takde jemputan rumah terbuka di siang hari, bolehlah akak clearkan puasa yang wajib dan sunat secepat mungkin.  Dah masuk hari kelima berpuasa dah ni.

Minggu lepas dapat jemputan rumah terbuka dari kalangan ahli pibg sekolah amira, dulunya sekolah irfan lah.  Oleh kerana dah kenal agak lama, serba salah pulak kalau tak memenuhi jemputan walaupun lokasi agak jauh di Balik Pulau dan belah malam pula.  Secara kebetulan Jumaat lepas akak memang ambil cuti separuh hari jadi tidaklah terkejar-kejar untuk ke sana.  Sementara tunggu en hubby selesai tugas, bolehlah kemas rumah yang tak habis-habis.

Yang menjadi tarikan kuat untuk ke majlis ini walaupun jauh ialah turut diadakan jamuan makan durian Balik Pulau.  Kalau di utara ni, sebut sahaja durian Balik Pulau memang peminat durian takkan lepaskan peluang menikmatinya.  

meriahnya syawal, sambutan raya bersama kawan, durian balik pulau, laksa sedap


Tuan rumah awal-awal lagi dah post gambar longgokan durian kat kami.  Alahai..memang sukar ditolak. 

Kami sampai kat majlis ni agak lewat, tapi makanan masih banyak. Tetamu pun masih ramai lagi.  Kawan-kawan yang dah sampai dahulu pun masih menunggu ketibaan kami.  Siap simpan beberapa biji durian untuk kami.  Terharu sungguh !

meriahnya syawal, sambutan raya bersama kawan, durian balik pulau, laksa sedap



Dapat juga merasa 2 menu popular di Balik Pulau, pulut durian dan laksa janggus. 


meriahnya syawal, sambutan raya bersama kawan, durian balik pulau, laksa sedap


Last sekali bergambar kenang-kenangan lah group mak ayah yang mesra macam adik beradik ni. Terima kasih pada yang berkongsi gambar. Akak tak sempat nak bergambar sibuk melayan anak-anak dan sibuk bersembang dengan kaum ibu, sesekali berjumpa kan....bukan membawang tau, bercerita kisah anak-anak dan sambutan raya masing-masing jer.

Meriah raya bila beramai-ramai....
Pada peminat durian Balik Pulau dah bolehlah jalan-jalan ke pulau pinang..

5 Comments

  1. wow siap ada durian lg, meriah sgt bila dapat berkumpul

    ReplyDelete
  2. wow meriah ade durian siap. skrang tngh musim ni banyak hehe tapi dapat kat open house lagi siooook la hehe..

    ReplyDelete
  3. kat sini belum musim lagi.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana tu EJULZ?
      Sekarang ni dah tiba musim kot...

      Delete