Bulan puasa tahun ni macam-macam aktiviti sendiri, keluarga dan tanggungjawap social yang berjaya dilaksanakan.  Macam nilah bila anak-anak dah makin besar, adalah peluang untuk turut serta aktiviti-aktiviti yang dirasakan sesuai.  Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu dah tersusun agenda nak kena buat.  Termasuk juga serba sedikit persiapan menyambut Aidil Fitri yang dan semakin hampir.

Antaranya ialah program mengacau bubur lambuk, kenduri ramadhan, aktiviti pejabat dan sebagainya.

aktiviti bulan puasa, ramadhan al mubarak, riang ria raya

Memula aktiviti mengacau bubuk lambuk kat ofis.  Memang aktiviti tahunan, kali ni rajin pulak nak turun mengacau.  Memang mengacau saja pun.  Baru habis meeting so turun bawah untuk posing dengan pengacau periuk tu jer. Nakal kan!

aktiviti bulan puasa, ramadhan al mubarak, riang ria raya

Esoknya projek bubur lambuk lagi. Tapi kali ni di sekolah amira pulak.  Ni pun aktiviti tahunan juga. Memasak bubur lambuk dengan ibubapa dan pelajar.  Lepas tu packing dan hantar juga di kawasan berdekatan.  Kami yang datang terus stay di sekolah untuk program berbuka puasa.

aktiviti bulan puasa, ramadhan al mubarak, riang ria raya

Memang biasanya apa-apa program yang melibatkan pelajar tingkatan 1, ibubapa memang teruja nak turut serta.  Maklumlah tahun pertama anak-anak berpuasa di asrama.  Bagi akak dah biasa tapi pertama kali untuk amira so kami turut serta untuk support aktiviti.  Meriah dewan makan dengan anak-anak dan keluarga yang hadir.  Kalau semua hadir mau bentang tikar kat padang jawapnya ni.

aktiviti bulan puasa, ramadhan al mubarak, riang ria raya

Sebagai sumbangan port luck berbuka bersama pelajar, en hubby masakkan gulai daging batang pisang.  Kalau di utara ni, gulai daging batang pisang adalah merupakan antara lauk popular semasa kenduri.  Dari pagi meyiapkan lauk ni, dah macam masak untuk kenduri jugak.

aktiviti bulan puasa, ramadhan al mubarak, riang ria raya

Ahadnya pula, aktiviti tahunan keluarga sebelah en hubby, kenduri ramadhan.  Kali ni MIL request buat di tempat kami dan 2 buah masjid berdekatan telah dipilih untuk kenduri berbuka puasa tahun ini.  Alhamdulillah tertunai sudah hajat MIL.  Budak-budak ni bukan main seronok lagi, balik sekolah dah tidur siap-siap kumpul tenaga sebab belah petang nak jumpa sepupu sepapat sebaya.  Adik wan setakat ni masih penuh puasanya.  Tak mengeluh sangat pun walaupun hari panas tapi nak suruh makan sahur....ya ampunnnn....suap nasi sambil pejam mata tau !

aktiviti bulan puasa, ramadhan al mubarak, riang ria raya

Last sekali, pre-raya photoshoot rakan sepejabat.  Terus rasa nak raya!

*kredit pada penyumbang gambar

2 Comments

  1. Teringat tahun lepas la last berpeluang buat bubur lambuk, bubur asyura dan masak2 lainnya... tahun ni dah bersendirian dah ada aktiviti camni

    ReplyDelete
  2. sedap nyer bubur lambuk.
    lambat Ramadhan kan. gotong royong gitu yg syok tu.
    walaupun puasa, semua jadi happy :)

    ReplyDelete