Kumpul Sampul Duit Raya

Tuesday, June 12, 2018

Beberapa hari menjelang Aidil Fitri, sana sini semua sibuk buat persiapan.  Seronok tengok kawan-kawan kat ofis ni macam-macam cerita.  Akak buat persiapan sekadarnya sahaja.  Untuk anak-anak, sebelum Ramadhan lagi akak dah belikan mana-mana yang perlu so tak adalah kelam kabut bersesak membeli barang-barang.

Bagi anak-anak, bila hari raya tentulah yang paling menyeronokkan ialah menerima `ang pau'. Pun dah tersedia ala kadar untuk anak-anak sedara yang layak terima. Haha....anak sedara ramai kalau dicampur dua keluarga, jadi kenalah pilih juga yang layak terima dan jumlahnya.  Kena berjimat sekarang. Yang besar-besar tu habuannya cara lain, tak perlu tunggu raya.

Korang tau tak, satu lagi hobi akak sekian lama ialah mengumpul sarung ang pau.  Akak suka tengok corak, warna, kretiviti berlainan saban tahun.  Menarik ! 

sampul duit raya, sambutan hari raya, angpau raya


Antara yang akak dah kumpul hampir 5-6 tahun sebelum.  Masih boleh diguna kalau perlu.  Bukan simpan banyak pun, satu keluaran simpanlah 2-3 keping sampul, selebihnya boleh guna.  Sama seperti peminat atau pengumpul stem, sampul-sampul ini pun akak akan albumkan untuk simpanan.

Cantik tau dan kreatif!

You Might Also Like

4 comments

  1. Saya pun suka tapi takdelah bersungguh-sungguh menyimpannya. Sangat berguna bila tiba-tiba nak guna.. ;)

    ReplyDelete
  2. Banyaknya miza kumpul taun ne next year sure pakai hehe

    ReplyDelete
  3. sama lah suka jugak kumpul sampul raya. Kadang tu, sampul boleh guna masa kenduri kahwin

    ReplyDelete
  4. Saya pun sama macam akak. Setiap kali menjelang raya. Saya akan kutip dan kumpul sampul duit raya.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook