Bila Jenama Bijan Jadi Popular

Thursday, June 28, 2018

Korang, akak tak tahupun wujudnya jenama Bijan ni.  Semalam dan bersambung hari ni semua dok sembang tak habis-habis pasal jenama Bijan ni.  Mulanya akak memang tak ambil tahu sangat, maklumlah masa kerja, korang nak viral dalam group ke apa ke...biarkan je la, nanti malam-malam baca.

Balik rumah pun en hubby pulak bersambung kisah Bijan. Tak puashati okay kalau tak explore juga.  Tengok tv, belek wasap, belek fb maka terjawaplah kisah Bijan yang diviralkan.  Jenama barangan ekskusif  berdasarkan tempahan penggemar dan harganya tentulah diluar jangkauan. Tak pernah dengar okay..almaklum bukan rakyat marhaen macam akak yang boleh guna jenama ni. 


bijan, handbag bijan, aksesori wanita
Butik Bijan.  Tengok bangunan pun dah nampak eksklusif. Cantik!!


Antara barangan keluaran adalah beg tangan wanita, walaupun pada awalnya butik Bijan ni lebih kepada menghasilkan minyak wangi, aksesori dan pakaian lelaki.  Dikenali sebagai `the most expensive shop in the world' dan target marketnya dah tentulah golongan elit yang sukakan barang-barang berjenama hebat. Kalau dah harga ratusan ribu malah mencecah juta, kalau terjual beberapa unit setahun pun dah beri pulangan lumayan. 

Pengeluaran beg tangan wanita masih baru lagi di Bijan tetapi sambutannya boleh tahan.  Antara penyebabnya ialah :

  • rekaan setiap unit terhad jadi lebih eksklusif pada pemiliknya dan rekaan mengikut kehendak pelanggan
  • terhasil daripada kulit buaya bermutu tinggi dan diperbuat oleh mereka yang berkemahiran 

bijan, handbag bijan, aksesori wanita
kredit gambar : google jer


Dapat tengok gambarpun cukuplah !!

You Might Also Like

6 comments

  1. Sebutan dia bukan Bijan kak azi...lebih komersil Bi- jhorn macam tu la...hehehe..tapi kalau terbalikkan jadiiiiii.......

    ReplyDelete
  2. selama ni tahu bijan dapur tu je, sebab rosmah viral terus bijan ni :P

    ReplyDelete
  3. popular habis jenama bijan ni, klu rakyat marhaen mcm kita bijan tu yg ada kt dapur j

    ReplyDelete
  4. ahahha naik terus pasaran saham bijan. hehe..

    ReplyDelete
  5. semenjak tgk video cara pembuatan beg hermes, asal kulit buaya je trbayang. mcm mane mereka boleh pkai beg kulit buaya. allahu. pastu, its just a beg. knp perlu mahal?? kalau emas ye jugak ad hrga.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook