Ada beberapa drama menarik pulak ditayangkan di tv sekarang ni.  Tapi macam biasa, akak layan lepas dah siar kat tv. Mana sempat dik oiii nak tengok masa siarannya, macam-macam benda nak kena selesaikan dulu baru boleh tengok skrin ni ha.  Kalau tak alamatnya en hubby jegil biji mata lah nanti.

Rahsia Hati Perempuan, drama baru yang akak follow sekarang ni.  Lakonan Hisyam Hamid dan Mira Filzah.  Kisah biasa aje cuba cara penyampaian agak menarik.  Baru masuk episod ke 5.  Terjebak lepas tertengok hari sabtu baru ni siaran ulangan di astro. Terus tersuka dan terfollow.  Boleh gitu?

Layan Rahsia Hati Perempuan Pulak, astro ria


Drama 24 episod ini arahan pengarah Micheal Ang, dibarisi pelakon-pelakon hebat juga antaranya Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikri Ibrahim, Uqasha Senrose, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati dan ramai lagi.  Disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria.  Kalau terlepas, korang boleh tonton semula pada hari Sabtu atau paling mudah cari je kat online.  


Sinopsis Rahsia Hati Perempuan



Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Bila free tu bolehlah layan drama ni melalui link ini ---- RAHSIA HATI PEREMPUAN


7 Comments

  1. Best sgt cite ni sebab sama mcm mujhse dosti karoge kan. Sweet je karakter mira banyak cakap dgn uqasha nampak lembut je.. mmg cute lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh layan la sebb suka tengok mira filzah...comei

      Delete
  2. ada tengok video diorang menyanyi hindustan tu. Sweet sangat

    ReplyDelete
  3. selalu kalo drama da mula terjebak tu memang nak tengok sampai habis hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tapi akan selalu tengok kemudian, buat marathon je

      Delete