Fuh..fuh....buang habuk sekejap.  Lama dah tinggalkan blog ni.  Sesungguhnya hari-hari akak kebelakangan ini penuh dengan pelbagai aktiviti, tambahan pula kurang sihat sekarang ni.  Penat sangat mungkin sampai kesihatan pun terabai.  Hari pertama Ramadhan ni baru terasa akak lapang sedikit dan boleh beri sedikit masa untuk update blog.  Rugi tak update, nanti korang lari pulak tak nak singgah sini lagi sebab takde cerita baru.

Berita Baik Menyambut Ramadhan


Semenjak perubahan pucuk pimpinan negara, kita semua mesti tertunggu-tunggu apa pengumuman seterusnya yang akan dibuat.  Setiap kali ada sidang media, mengharapkan juga ada berita baik untuk rakyat.  Nampaknya Ramadhan kali ini, semua rakyat Malaysia menyambut gembira berita tentang GST dan harga petrol.  

Caj GST mulai 1 Jun 2018 adalah sifar.  Akhirnya tanpa GST.  Suka..suka...jadi bolehlah berjimat sikit lepas ni. Boleh juga tambahkan jumlah tabungan bulanan.  Hmm...sukanya akak !

hapus gst, gst, harga petrol, berita baik, ramadhan



Keduanya, penetapan harga petrol.  Untuk sementara ini tidak akan perubahan pada harga petrol.  Alhamdulillah suka sangat.  Takdelah setiap minggu tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu dah pengumuman harga petrol.  Boleh dah asingkan jumlah yang fix untuk petrol setiap bulan.  Nak balik kampung raya nanti pun lega sikit ...maklumlah perjalanan akak kan jauh, utara -selatan.

Ketiga, in sya Allah abang irfan akan memulakan pengajian di tempat baru Jun nanti.  Mendapat tawaran Program Pelajar Cemerlang daripada Mara adalah sesuatu yang kami sekeluarga tunggu-tunggu.  Lega bila nama abang irfan tersenarai.  Yang penting sekarang ni abang irfan kena rajin belajar untuk mencapai cita-citanya selama ini.  Nanti akak ceritakan lanjut persiapan dan info-info yang boleh dikongsikan tentang program ini. Akak pun tengah go thru semua dokumen-dokumen yang ada, dah lama tinggalkan semua ni, bila anak sendiri kenalah tengok betul-betul.

Alhamdulillah Ramadhan yang penuh barakoh.  Moga kita semua dapat manfaat sebaiknya sepanjang Ramadhan kali ini.

**Agak-agak menjelang musim perayaan ni, ada tak tol yang dimansuhkan?  Kita tunggu sama-sama....

Salam Ramadhan untuk korang semua...

1 Comments

  1. alhamdulillah. semoga negara kita sentiasa dilindungi oleh-Nya =)

    ReplyDelete