Selepas PRU14 macam-macam `rahsia' dah terbongkar. Sebagai rakyat yang sayangkan negaranya, akak doakan PM kita dapat buat yang terbaik sebagai memenuhi amanah yang telah diberi.  Akak memang suka dengar bila Tun M bercakap.  Apa yang disampaikan biasanya mudah untuk difahami.  Yes I adore him!

Di usianya yang menjangkau 93 tahun, memang salute lah masih boleh memberi menjalankan tugas-tugas berat macam ni.  Semua orang nak tahu apa rahsianya.  Dan akan sangat terkesan dengan viral 9 nasihat Tun M untuk rakyat Malaysia.  Bila dihayati, banyak benarnya dan memang berguna,

9 Nasihat Untuk Rakyat Malaysia


tun m, nasihat berguna, motivation


Usah Berkira Belanja Wang Untuk Beli Buku


Sewaktu kecil, beliau belanjakan wang yang diberi ibu bapanya untuk beli buku pada hari minggu.  Beliau banyak membaca buku Bahasa Inggeris, jadi sebab itu beliau sangat fasih dalam pertuturan Bahasa Inggeris. Dari kecil lagi beliau meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap, termasuk membaca buku.

Jika anda banyak membaca, otak anda makin cekap.  Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah dari apa yang anda baca sekarang.  Usah berkira untuk belanja wang ringgit untuk dapat bahan bacaan.  Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit) tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).


Ubah Mindset Bekerja Kepada Berniaga


Di seluruh Alor Star, banyak kedai orang Cina.  Pekan Melayi tetapi kebanyakan yang ada adalah kedai cina.  Saya tanya diri saya kenapa begini.  Orang Melayu ketika itu anggap berniaga itu kerja yang hina.  Dapat gaji adalah kerja mulia.  Mudah kata, baru ada status, baru ada `style'.  Saya rasa tidak sedap hati.  Majoriti orang Melayu masa itu nelayan, petani.  Rata-rata miskin, saya kasihan lihat mereka.  Saya nampak kita perlu ubah mindset begini. 


Persediaan Strategi Menentukan Kejayaan


Ketika darjah 4, Jepun serang Tanah Melayu.  3 tahun beliau tidak bersekolah.  Timbul rasa hairan bagaimana Jepun boleh kalahkan British.  Walhal ketika itu, orang Melayu kebanyakan mengandaikan sangat mustahil untuk pihak British kecundang, lagi-lagi di tangan Jepun.  Sebab itu anda boleh lihat di mana Jepun sekarang berbanding kita.  Jika mereka mahu lakukan sesuatu perkara, mereka rancang dengan strategi yang sistematik. Dari sekecil-kecil hal sehingga hal yang berat.

Pertahankan Tanah Air Kita Walaupun Apa Jua Keadaan 


Masa Jepun kalau, British kembali semula ke Tanah Melayu.  Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, mahu jadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British.  Secara tidak langsung, raja diturunkan pangkat, mereka akan berkuasa sepenuhnya termasuk hal perundangan.  Ketika itu orang Melayu marah, baru nak marah.  Ketika itu usia saya belasan tahun, saya sangat bergerak aktif.  Waktu malam saya tampal poster, protes terhadap British.

Dalam Kepimpinan Perlu Tahu Apa Orang Bawahan Mahu


Satu tip untuk jadi pemimpin yang mulia di mata rakyat.  Tahu apa yang orang bawahan mahu.  Anda buat, rakyat akan suka.  Beliau suka pemimpin yang boleh bawa individu dari orang kebiasaan jadi orang berjaya.  Selain itu pemimpin pertama yang beliau kagum dan contohi adalah Rasulullah SAW.  Kedua, Peter The Great, pemimpin dari Russia. Dan ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.


Disiplin Kunci Kejayaan Hidup


Untuk melakukan sesuatu perkara, lakukan dengan penuh disiplin. Contohnya, sekiranya perlu hadir pada jam 4 petang, pastikan kita hadir sebelum jam 4 petang. Hargailah masa.


Kepada Orang Muda Usah Dilayani Keseronokan


Jangan ikut keseronokan yang melampau. Sebagai contoh, orang Melayu sekarang suka jadi mat rempit dari teruskan pelajaran ke universiti.  Dahulu lain, dapat tawaran universiti, kita dahulu melompat-lompat suka.  Melayu sekarang perlu sedar.  Tidak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.


Bersih, Cekap dan Amanah


Buat kerja dengan amanah, jujur. Dahulu saya cipta slogan 'Bersih, Cekap, Amanah'.  Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin dan andai kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih dari negara maju yang lain.


Pengorbanan Sekarang Untuk Kesenangan Generasi Masa Depan


Apa yang golongan muda boleh buat untuk negera?  Jawapan saya, perlu kuasai segala hal demi keluarga, masyarakat, negera.  Jika hasil tidak nampak sekarang, itu kerja Tuhan, kita ikhtiar, kita mohon doa pada Dia.  Yang pastinya, dengan izin Allah hasil pengorbanan kita dahulu, anak cucu kita akan hidup senang lenang.


Bila baca banyak kali, ada betulnya nasihat ini.  Mana yang baik eloklah kita praktikkan. Apapun tindakan adalah atas diri kita.  Kalau kita positif, positif lah hasilnya begitulah sebaliknya.  Insaf jugaklah rasa diri ni. Akak tak pernah sekat anak-anak menimba ilmu. Carilah sebanyak yang mampu sebab semakin kita mencari semakin kerdil rasa diri.


10 Comments

  1. alhamdulillah... sy belajar sesuatu dari posting ni. terima kasih.,

    ReplyDelete
  2. anak muda usah dilayani keseronokan tu sangat setuju, masa muda ni la nak bina empayar diri

    ReplyDelete
  3. mmg terbaik pesanan Tun M ni..sedih nmpk Tun M dah berusia tp masih mahu berbakti kepada Malaysia..speechless sebenarnya..semoga Tun M dipanjangkan usianya

    ReplyDelete
  4. words of wisdom dari orang yang tinggi pengalaman dan ilmu =)

    ReplyDelete