Rahsia Dapatkan Telur Dadar Yang Tebal Dan Sedap

Thursday, April 19, 2018

Habis waktu kerja baru boleh mengadap blog sekejap. Busy sesangat sekarang ni ! Kena cari masa untuk update kalau tidak memang terbengkalailah jawapnya.

Korang  nak tau, sejak en hubby berkecimpung dalam dunia masakan ni macam-macam benda baru yang akak belajar.  Dapat juga serba sedikit ilmu tukang masak terutama pengusaha-pengusaha kedai makan.  Suka tak makan telur dadar? Kat rumah akak ni memang jarang-jarang sekali tanpa hidangan telur dadar.  Ada peminat tetap kat rumah. 

Telur Dadar Tebal dan Sedap


Selalu bila ke kedai makan, tengok telur dadar yang dijual tu tebal-tebal.  Pernah juga tanya macamana nak dapatkan telur dadar yang tebal tapi ekonomi.  Macam-macam cara yang diberi. Ada yang suruh bancuh dengan air sejuk, ada yang suruh potong lebih bawang dan macam-macam lagilah.  Bila en hubby beritahu cara yang dia guna, barulah tahu rahsianya!

Jom akak share dengan korang!

Telur - ikutlah berapa biji yang korang nak
Hiriskan kobis, bawang besar, cili merah, daun bawang 
Jangan lupa masukkan sedikit garam

Lepas tu korang kacaulah. 

Panaskan minyak (sesudu dua - ikutlah banyak mana telur yang korang guna).  Bila minyak dah panas, masukkan bancuhan telur tadi dalam kuali. Perlahankan api dan kalau boleh tutup telur dengan tudung kuali ka.  Masa nak balikkan pun kena hati-hati supaya tak pecah. 

resepi mudah, telur dadar kedai mamak, resepi sedap



Telur dadar je kan! Tapi kalau kena caranya memang boleh buat macam yang jual di kedai makan biasa atau kedai mamak. Akak suka macam ni sebab ada masuk sayur, secara tak langsung budak-budak yang tak suka sayur pun makan juga sebab dah potong kecil-kecil.

Senang kan..haaa lepas ni korang cubalah buat.

You Might Also Like

12 comments

  1. Sedap ni, zumal pun kalau masak segala mak nenek zumal campur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan kak zi...campur macam-macam, makan nasi dengan terlur dadar pun cukup dah

      Delete
  2. Tak pernah menjadi buat tebal macam ni, selalu nipis aje kejadiannya. Hahah. Nanti boleh try cara yang kak Azie share ni pulak.

    ReplyDelete
  3. haha kebetulan Ana pun baru je terbitkan entri telur dadar Azi, :)

    ReplyDelete
  4. ooo...kena perlahankan api pastu tutup dengan tudung. hujung minggu boleh cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar je dia masak dengan api perlahan.

      Delete
  5. Telur dadar ni cuma boleh dapat kat Mamak je, hehehe. Skrg dah tau rahsia, bolehlah cuba sendiri, thanks kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..telur dadar kedai mamak

      Delete
  6. Feveret ini. Boleh bertambah-tambah nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul, anak-anak kat rumah ni pun memang suka telur dadar macam ni

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook