Makan Western Di The BBQ Garage Kamunting, Perak

Wednesday, April 11, 2018

Dah lama dah nak update satu lagi tempat makan western yang menarik di utara ni.  The BBQ Garage terletak di Jalan Baru Ayer Putih, Kg Pak Dollah, Kamunting Perak.  Kebanyakan menu western.  The BBQ Garage ni kedai makan konsep hispter. Tempat makan yang agak unik bagi akak sebab kerusi, meja diperbuat daripada bahan-bahan terpakai seperti rim kereta, mesih jahit lama, tong drum yang dijadikan tempat duduk. Sebab itu kot dinamakan `garage'.

Tempat Makan Gaya Hipster The BBQ Garage


tempat makan gaya hipster, western food, tempat makan menarik, chicken chop sedap
gambar google


Singgah makan di sini beberapa bulan lepas, asyik tertangguh aje nak mengupdate.  kat sini kami order menu western. Oleh kerana dah agak lewat singgah, semua orang order yang sama - chicken chop the garage.  Masa akak singgah ni, agak ramai pengunjung so service sedikit lewat.  Sampai makanan , minuman takde , ada meja yang minuman dah hampir habis tapi makanan tak sampai-sampai.  Kalau bukan hari cuti, mungkin lebih teratur sikit rasanya.

tempat makan gaya hipster, western food, tempat makan menarik, chicken chop sedap

Kerusi daripada rim kereta dijadikan kerusi, meja makan dibuat daripada mesin jahit lama.

tempat makan gaya hipster, western food, tempat makan menarik, chicken chop sedap

Kalau ke mana-mana tepat makan ala western mesti minta kentang goreng sebelum makan menu utama.

tempat makan gaya hipster, western food, tempat makan menarik, chicken chop sedap


Makanan boleh tahan so kurang sana sini sikit tu kita boleh tutup mata.  Nanti upgrade servicenya ye!  Kalau korang bergerak daripada pekan Taiping menghala ke jalan keluar mengikut tol Kamunting, korang memang akan nampak kedai ni di sebelah kanan jalan.  Senang nak spot sebab kedai tepi jalan.  Boleh singgah sambil makan-makan, anda akan dihiburkan dengan  nyanyian.  Nak best lagi, naik ke ruang terbuka di tingkat atas, lebih luas pandangan dan boleh berborak-borak santai. 

Pada yang nak cuba singgah, akak share alamat dan map ke sana.


tempat makan gaya hipster, western food, tempat makan menarik, chicken chop sedap
Boleh contact dulu buat tempahan.



You Might Also Like

12 comments

  1. Menarik nampaknya tu kak Azi..dah macam cafe hipster...

    ReplyDelete
  2. wahhhh sedap dan sempoi the bbq garage. Boleh try makan kat sini nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba tu nanti....pergi malam happening kat sini

      Delete
  3. fuhhh..nampak sedap menu2 tu..kerusi dia unik kan...

    ReplyDelete
  4. Adoi, terliur kite... Sedaapnnya...

    ReplyDelete
  5. Unik kedai ne mana tau balik kampung nanti boleh singgah

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sedap juga walaupun agak lambat sikit mungkin sebab orang ramai.

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook