KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU 

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.  Menggunakan tisu basah merupakan kelembapan terbaik untuk rasa segar dan bersih sepanjang waktu.

Carrie Junior Funtime Wipes

produk carrie junior, tisu pelembap, anak-anak riang dan cergas, funtime


Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 

produk carrie junior, tisu pelembap, anak-anak riang dan cergas, funtime

Smoothie Berries

produk carrie junior, tisu pelembap, anak-anak riang dan cergas, funtime

Cheeky Cherry


Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).
*Harga termasuk GST.

13 Comments

  1. Produk yang sentiasa mendapat tempat di hati ibu bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sentiasa ada dalam kereta, dlm handbag.

      Delete
  2. Carrier junior ni banyak jugak produk yang best best kan. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari dulu lagi, memang antara jenama pilihan

      Delete
  3. comeinya packaging dia, cute! excited nk guna!

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  5. Ada kebaikan wet tissue ni

    Tambahan Ada anak kecil memang kena siap sedia

    ReplyDelete
  6. Salam owner blog Azi Rahman. Mohon update blog list Azi Rahman dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah update blog list blog saya dengan blog Azi Rahman yang awesome. :D

    ReplyDelete